Friday, December 31, 2010

Menjenguk Sebentar

Salam semua...
Saya agak sibuk hari ini
Beberapa perkara yang harus diselesaikan
Dah tengah malam kini
Menjenguk sebentar
Minta maaf juga kepada rakan-rakan blogger semua
Tidak sempat untuk BW dan juga membaca entry 
Rakan-rakan blogger semua...
InsyaAllah saya akan kunjungi nanti ye

Pagi besok mesyuarat pertama di sekolah
Bermulalah tugasan menjelang tahun baru
Mengundur diri dulu ye
InsyaAllah kita ketemu nanti...


***Hati tetap ingin mencuri masa untuk BW dan baca entry...saya akan hadir nanti ye :)



Wednesday, December 29, 2010

Cup Cakes Class

Inilah hasil cupcakesnya....:)

Salam semua...
Lama rasanya tidak bersiaran
Ada beberapa urusan yang harus diselesaikan
Serta tidak berada di rumah...
Jadi minta maaf sekali lagi
Tidak mengunjungi rakan-rakan semua ye


Tengah menyukat cake nya...

Kelas cupcakesnya dah berlangsung hampir seminggu
Barulah hari ni sempat untuk dikongsikan bersama
Aku belajar pada hari Khamis minggu lepas
Selalu pegang kapur dan marker pen
Ni pegang piping beg..hehehe
Sebelum ni aku memang kurang berminat nak buat kuih atau yang sewaktu dengannya yang menggunakan Oven hehehe
Sebabnya aku kurang berminat dengan benda-benda panas nie
Tapi sekarang minat semakin bercambah
Sebelum ni aku sertai kelas Tartlets


Yang nie kek sebelum dimasak

Ok..stepnya lebih kurang ginilah
Nak buat tutorial tak pandai hehehe
Belum praktik kan lagi :)
Nanti salah ajaran...
Masa kat kelas tu mula-mula belajar buat cake nya dulu
Pelbagai flavour
Yang kat atas tu ada vanila, pandan, rose dan cofee
Lepas tu disukat dan ditimbang dalam paper cupnya
Masa buat ni 30g setiap cup tu
Dimasak..dan barulah dihias dengan krim
Menghias nielah kena kreatif dan 'lembut tangan'
Bukannya 'keras tangan' hehehe...
Jadilah kenalah aku melembutkan tangan :D

Maknanya kalau dah ada basic buat kek lagilah mudah
Cuma kek ni kita masukkan dalam paper cup
Nak cantik kita hiaskan dia..
Cuma menghias tulah kita kena kreatif...


Sebelum hias kena sapu krim dulu camni...
Barulah dihias..
Tapi sebelum cupcakes tu dihias
Haruslah disapu dengan krim terlebih dahulu
Macam dalam gambar tu
Lepas tu barulah kita hias ikut suka kita hehehe
Masa belajar ni diajar juga dengan hiasan fondant
Yang ada gambar baby tu kan...guna hiasan fondant
Tapi lecehlah sikit nak bentuk gambar
Leceh banyak kot hehehe
Kena kreatif macam anak-anak kita
Main plastesin (betul ke aku tulis tu hehehe...)
Jarak dekat sikit hehehe..
 ***Memang cantik tapi aku kurang sikit dengan krim kek nie.  Makan sikit-sikit bolehlah...tapi macam cupcakes ni banyak juga krimnya...
(Signature bawah tu baru try heee...budak baru belajarlah katakan..)

Monday, December 27, 2010

Mudah-mudahan Sihat Sentiasa

Menjengah di sini...

Salam rakan-rakan blogger
Jumaat dan Sabtu demam melanda
Hanya di rumah
Ahad badan dah rasa lega semula

Alhamdulillah...
Cik Suami cakap bawak jenjalan
Kasi keluar peluh...
Mudah-mudahan sihat sentiasa
Minggu depan dah mula kerja..

Tengah hari Cik Suami ajak keluar untuk lunch
Lagipun memang ada urusan yang perlu dibuat 
Aqilah ajak pegi Pizza Hut
Walaupun di hati rindukan nasi :)
Tapi Aqilah pun beberapa hari ni tak sihat juga
Sakit perut...
Jadi untuk memastikan dia nak makan
Kami sekeluarga ke Pizza Hut
Walaupun aku kurang kepuasan hehehe
Rindu nasi :)
Asalkan Aqilah berselera
Darwisy pun suka...

Kebiasaanya Sabtu & Ahad
Cik Suami tak keje..
Jika semua dalam situasi sihat walafiat
Selalu je jalan-jalan cari makan ke
Jalan-jalan cari barang...hehehe
Taklah jauh...kat Bandar Seremban pun jadi :)

Sempat posing dua beradik nie
Menjelang malam keluar untuk makan malam
Cik Suami cakap dah terperap seharian bawak jalan-jalan... :)
Memang tak masak seharian
Keluar ke bandar Seremban
Sebelum makan
Singgah di Parkson sekejap
Kurang 10 minit dari rumah
Sebab perut belum lapar sangat lagi
Nanti nak makan pun tak bersungguh...
Makan pun kena ada kesungguhan :)
Jalan-jalan sekejap
Dah menyinggah...mesti ada terbekenan
Cik Suami pun offer...
Aku kata dengan Aqilah...
"Kak Long ke sekolah barang semua baru kan...Ibu pun nak beli barang baru jugaklah..." hehehe
Aqilah pun sama jugak memilih barang, anak daralah katakan...
Alih-alih dia yang dapat sepasang kasut...
"Ni kasut Kak Long nak pegi jalan-jalan.." katanya.
Yang bestnya Aqilah pegi pilih dengan abahnya sementara aku memilih handbag...
Emmmm.....dah boleh dah shopping dengan abahnya...
Akupun dapatlah satu handbag dan Aqilah sepasang kasut..
Asalnya akupun nak dapatkan juga sepasang kasut
Aku ni bersaiz 4...selalu je out of stock
Sebab saiz 4 biasanya tak banyak stock kata salesman tu
Selalu gitulah....isk..isk..isk...
Bila dah berkenan saiz takde pulak
Takde rezeki...

Cik Suami nak cari tali pinggang
Lepas tu giliran Cik Suami
Cik Suami nak cari tali pinggang
Dapatlah satu..
Takdelah ronda sangat
Sementara nak tunggu perut lapar

Nilah puzzle Darwisy...hepi sangat dia dapat puzzle nie

Darwisy tak pandai sangat meminta...
Aku pulak rasa kesian kalau takde apa-apa untuk dia
Bawa Darwisy ke bahagian mainan
Kalau dia nak pilih apa-apa
Ronda-ronda macam tak berkenan je dia
Tunjuk dengan Darwisy puzzle...
Nampaknya Darwisy berminat
Ambiklah satu...
Jadi semua orang dapat satu barang @ Parkson

Balik je rumah...
Macam biasalah Kak Long cuba lagi kasutnya :)
Adik sibuk suruh buka puzzle...
Terus je buat dengan Kak Long
Walaupun adik tak pandai sangat lagi
Kak Long yang lebih buat...
Excited dengan Jigsaw Puzzle baru
Darwisy seronok dengan karakter kartun Mickey Mousenya
Berjayalah dua beradik ni menyiapkan puzzle nya..
Puzzle simple untuk umur-umur Darwisy yang baru-baru nak belajar
Puzzle nya pun besar-besar
Ada 24 pieces je...
Nilah hasilnya...
Tulah hasilnya...
Dengan bantuan Kak Long tak sampai 10 minit siap hehehe
Kalau Darwisy buat sorang lamalah kot...
Pagi-pagi nie Darwisy cuba lagi
Benda baru kan...bersemangat!
Aku bantu sikit-sikit...
Boleh juga dia buat
Nanti aku nak suruh dia cuba buat sendiri pulak..


***Masa balik dari Kajang tu malam..ikut Lebuhraya LEKAS...malam tu terus je demam...ubat dah makan, kebah sekejap menggigil balik...ADA KEMUNGKINAN KE DEMAM SEBAB LAIN...


Sunday, December 26, 2010

Demam Kali Kedua

Salam rakan-rakan blogger...
Baru je bersemangat nak berkongsi cerita
Cerita bakery class..
Tiba-tiba Jumaat malam 
Lepas buat entry "Menjenguk Semula"
Badan tiba-tiba sejuk dan menggigil...
Terus capai sweather....
Rasa macam nak demam semula
Makan ubat demam sebiji dan terus tidur
Malam tu memang menggigil dah badan masa tidur...
Memang tidur malam tu tak lena
Kesejukan, ditambah dengan batuk...
Confirm!
Demam Kali Kedua...
Rasanya baru je baik demam 


Tak sempat lagi nak menjengah blog rakan-rakan  
Hanya sempat BW je sekejap Jumaat malam tu
Rancangan asal nak ke Melaka hari Sabtu
Nak bawa anak jalan-jalan..
Terpaksa dibatalkan
Kepala sakit yang teramat
Badan lemah..tak selera makan pun iye

Tak tahulah mudah je badan ni tak sihat...
Kurang daya tahan ke agaknya...
Mujur demam tak berlarutan...
Tapi bila demam memang lemah sangat badan
Apatah lagi bila makan pun tak selera...

***InsyaAllah ada kesempatan dan kesihatan saya akan mengunjungi rakan-rakan blogger semua ye...

Friday, December 24, 2010

Baru Menjenguk Semula

Salam semua dan selamat malam...
Minta maaf ye...
Sebab baru online semula malam ini
Sebab petang Khamis aku ke Kajang
Ke rumah emak ku...
Bermalam di sana...
Baru je sampai rumah lebih kurang pukul 10.00 tadi
Oleh itu beberapa hari ni tak dapat untuk berkunjung ke blog rakan-rakan semua
Entry baru pun tak sempat disediakan...

Petang Khamis baru-baru ni aku ke bakery class
Untuk buat cup cake..
Jadi terpaksa minta pertolongan mak aku
Untuk menjaga anak dara dan si bujang aku
Bila petangnya mak nak balik ke Kajang
Anak dara aku nak mengikut neneknya...
Jadi akupun sama-samalah ikut ke sana

InsyaAllah...
Nanti aku akan melawat kalian semua ye


***Emmm...nanti akan aku kongsikan pengalaman menghadiri bakery class ye beserta hasilnya...nyum..nyum..

Wednesday, December 22, 2010

Semua Dah Selesai

Tak taulah betul-betul promosi ke tak :D
Salam rakan-rakan blogger...
Tadi duduk-duduk, fikir-fikir...
Ada lagi tak barang sekolah Aqilah yang belum beli
Rasanya semua dah selesai
Awal juga membeli keperluan barang sekolahnya
Dalam minggu pertama Disember jugak rasanya

Tahun nie Aqilah jadi pengawas...
Kenalah beli baju warna biru, kasut pulak warna hitam
Aqilah cakap...
"Bu, nanti jadi pengawas boleh pakai baju kurung dan kemeja. " 
"Ooo....ok...habis tu nak beli baju apa?" Balas aku..
"Kak Long nak dua-dua..." Jawabnya pulak.  
Emmm....macam mana tu...dalam hati aku.
"Kalau pakai kemeja, boleh pakai tie dan vest...kain pun lain.." Balas Aqilah lagi.. 
Memang kebiasaannya tahun sebelum-sebelum nie memang aku belikan 5 pasang baju putih tu.
Cepat sangat kotor...masa dia darjah satu lagilah...comotnyeee hehehe
"Jadi nak beli berapa pasang nie?" Aku minta pandangan dia juga :) 
"Kak Long nak pakai kemeja tu Isnin masa assembly....hari-hari lain pakai baju kurung...Jumaat pulak Kak Long nak pakai tudung.." penerangan Aqilah panjang lebar...
"Kalau macam tu kita beli sepasang baju kemeja, 4 pasang baju kurung..."
Kesimpulan akulah tu...yelah, seminggu 5 hari..
Snap gambar lagi :)


Tibalah hari membeli...
Mula memilih...boleh tahan jugak ramai orang...
Kedai yang aku pegi ni agak terkenal di tempat aku...
Bukanlah shopping complex yang besar...
Tapi macam-macam adaaaa hehehe
Siap dengan butik di tingkat atas
Kira mudahlah untuk aku memilih
Dengan anak bujang aku tu lagi
Takdelah risau sangat nak memerhati si bujang tu

Aqilah nie tinggi tapi agak kurus
Masalah yang biasa dihadapi adalah...
Kalau beli saiz badan dia mesti singkat
Kalau beli yang labuh mesti besar pulak

Tengah mencuba kemeja..
Mula mencari kemeja dulu
Kat atas tu, abahnya yang tolong betulkan
Sebab ibunya sibuk snap gambar  hehehe...
Sejak menyertai dunia blogging nie tulah dia :)
Pantang je...nak snap gambar heeeee
Ok...settle!
Kemeja dah dapat...tapi ambik 2 helai jugak
Walaupun plan asal sehelai je
Bimbang cepat kotor

Abah jugak yang tolong zipkan hehehe
Cari kain untuk dipadankan dengan kemeja
Kain susun belakang tu..
Pinggang ok...labuh kena potong sikit
Nanti aku hantarlah kat tailor mintak tolong alterkan sikit..
Dah baju 2 helai...kainpun ambiklah 2 jugak...


Cari baju kurung
Yang ni susah sikit...
Macam aku cakap tadi...anak dara aku ni agak kurus...
Beli besar macam baju pinjamlah pulak nampaknya :)
Kesudahannya...aku cakap dengan abah dia..
"Baju kurung kita beli kain, kita tempah..."
Jadi untuk baju kurung kesimpulannya ditempah...
Lagi padan dengan Aqilah rasanya...
Lepas tu cari kasut dan stokin
Disebabkan kasutnya berwarna hitam, aku ambik 2 pasang je
Stokin 5 pasang...

Sabar je Darwisy menanti...
Mujurlah Darwisy tak mengamuk
Tapi tengoklah muka boring Darwisy...hehehe
Tunggu Kak Long cari baju
Habis satu kedai di ronda kat Darwisy
Selesai semuanya
Cuma satu yang takde masa shopping ni...vest dia...
Tapi masa entry nie, vest tu dah diperolehi
Aqilah pun dah puas hati...
Kalau tak, selagi tak beli akan diasak dengan persoalan hehehe

Sekarang nie pulak...
"Bu, tak sabarlah nak pegi sekolah...."semangat tu!


Yang pastinya baju tu telah dicuba dan siap berdiri depan aku dan abahnya..


***Rakan-rakan blogger semua dah selesai shopping back to school?

Jom Deco!

Master Bedroom

Master Bedroom juga (sudut yang berbeza)
Salam semua...
Kita cuci mata sikit dengan deco pagi nie..
Aku ni minat tengok decoration nie...
Suka tengok je lahhh hehehe
Rumah sendiri simple je...

Yang nie masa aku pegi tengok showhouse
Memang suka tengok rumah-rumah contoh terutama bila full dengan interior design nya...
Sebab bila tengok kadang-kadang tak terfikir oleh kita orang biasa nie...
Tak tercapai dek minda idea-idea gini..che wahhhh
Orang biasa yang bermaksud kita yang bukan interior designer lah kan...
Kreatif...dan kalau aku tengok mesti akan keluar kata-kata..
"Eh...tak sangka ye boleh buat gini...boleh buat gitu..."


Master bedroom lagi (pantulan dari cermin tu bilik airnya)

Gambar yang kat atas tu master bedroomnya...
Memang luas biliknya dan dengan interiornya tu, 
Lengkap untuk tv, study table & dressing table..
Kalau bilik tu luas memang boleh diadakan semua nie...
Kalau kecik tak dapatlah jugak...
Tapi dengan khidmat interior design nie pada aku ruangan boleh digunakan sebaiknya dan praktikal...
TAPIIIII.....emmmm....RM nya???
Mahal wehhhh....
Rumah yang aku tengok nie rumah Semi D...
Deco untuk satu rumah contoh nie RM100K!!!
Deco sahaja!!!! 
Itu belum Eric Leong yang datang hehehe
Akulah yang bz body tanya salesman tu...
Uhhhhh....boleh dapat rumah kos rendah sebijik tuh!!


Dapur
Yang nie ruangan dapur...
Memang cantik dan menariklah...
Dapur dah cantik nie pastikan berasap hehehe...
Style sekarang...dengan bar counter untuk sarapan...
Praktikal sangat pada aku...


Ruangan Dining
Dining Hall...
Cantiknyalahhhh....putih bersih...
Kalau ada anak-anak kecik kurang selamatlah warna putih nie :)
Tiang-tiang tu sebagai patisyen memang dah style masa kini..
Untuk pengasingan ruangan...
Yang nie diasingkan antara ruangan dapur...
Nampak tak yang ada belang putih dan coklat tu??
Rupa-rupanya ada ruangan yang boleh dibuka kat situ..
Macam almarilah kiranya....
"Eh....boleh buka ke "hehehe...
Aku yang bukan interior designer ni terkagum dengan idea kreatif tu...

Wardrobe
Yang nie wardrobe rupanya...
Mula-mula masuk bilik tak perasan...
Tapi memang warna selamat jugak putih ni kalau ruangan terhad...
Cantik pulak tu dengan design wardrobe...
Ala-ala wall paper :)
Apapun guna interior design ni memang sedap je mata memandang...
Tapi bagi yang kreatif berjaya juga menghasilkan deco yang menarik kan...

***Untuk tatapan rakan-rakan blogger sekalian...mana tau mendapat ilham untuk rumah baru ke, inovasi untuk rumah kita skrg nie ke...jom cuci mata sama-sama :)

Tuesday, December 21, 2010

Kenapa Bunga Telur?

Telur rebus, pot pouri, gelas...t.kasih pihak pengantin :)
Salam tengah hari...
Semoga rakan-rakan blogger semua dah menikmati hidangan tengah hari ye..

Sabtu baru-baru ni aku ke Melaka..
Menghadiri majlis perkahwinan rakan sekerja
Bertempat di Durian Tunggal...
Sampai agak lewat namun pengantin tengah berposing di pelamin...
Tak sempatlah nak menepung tawar...
Apapun dapatla tengok pengantin berposing...

Oppss...nak mengupas tajuk di atas hehehe...
Che wah...iye-iye je...
Dengan peredaran zaman, berlaku juga perubahan kan...
Dulu (mungkin zaman sekolah rendah aku...) kalau ke kenduri kahwin, 
Mesti dapat bunga telur, takpun telur rebus tanpa bunga...
Maksudnya ada tu dibungkus dengan tisu je..
Kadang-kadang tu di stapler dalam bungkusan yang agak cantik...
Mungkin rakan-rakan blogger juga mengalami perkara yang sama kan?

Namun kini di zaman moden...cenderahati dari pihak pengantin..
Pelbagai rupa dan bentuk serta cantikkkkk....
Seperti gambar yang aku snap di atas...berbeza dah dengan dulu kan...
Ada yang dapat cawan comel untuk hiasan, cawan untuk minum pun ada,
Tuala yang dihias cantik, 
Untuk budak-budak pulak ada gula-gula, lolipop....dan macam-macam
Seronok budak-budak sekarang kalau ke majlis perkahwinan...
Bunga telur masih ada yang mengekalkan dan ada juga yang diganti dengan cenderahati yang aku kongsikan tadi...
Tapi yang pasti bunga pahar masih  ada di pelamin...
Itulah perubahan dari masa ke semasa...
Kita seronok juga melihat perubahan tersebut...
Kalau zaman anak aku nanti....
Emmmm....mungkin macam-macam pula barangan baru ye...

Aku pernah tanya orang yang lebih tua...
Kenapa kebiasaan pihak tuan rumah bagi bunga telur?
Ada tak sebab-sebab tertentu?
Antara jawapan yang aku dapat...
Kiasannya ialah agar pasangan pengantin baru bakal mempunyai zuriat yang ramai..
Maksudnya biar berkembang keluarganya...
Ibarat bila ayam bertelur sekali banyak..
Itu pendapat orang tua-tua...
Mungkin ada rasionalnya juga kot ye...


***Rakan-rakan blogger yang lain ada jawapan lain tak untuk kita kongsi...
Jom beri pendapat... :)

Monday, December 20, 2010

Jom Menjamu Mata

Ketam Gulai Cili Api
Salam rakan-rakan blogger...
Dah makan malam?
Aku dan family dah selesai agenda makan malam pukul 8.00 tadi...

Belek-belek handphone,
Ada beberapa lauk yang pernah di snap hehehe...
Sejak melibatkan diri dalam dunia blog nie..
Nak snap gambar je...apa-apa je yang terlintas di hati :)

Gulai ketam nie bukan lauk malam nie..
Tak ingat dah bila tapi tak sempat nak upload...
Ada yang lucu dengan lauk ketam nie...
Masa hidangan lauk ketam ni hari Ahad...
Dah hidang kat meja dan dah mula makan separuh bersama cik suami dan anak-anak..
Tiba-tiba....
"Eh...taknak ambik gambar ke"...cik suami bersuara
Cik Suami bukan perli tapi memang memaksudkannya :)
Semenjak aku menceburi dunia blog ni cik suami sentiasa je suruh snap gambar hehehe...
Hahaha....cik suami teramatlah sporting dan supportive hehehe...
"A'ahlah bang...jap..jap...jangan habiskan lauk ketam tu" jawab aku pulak... 
Touch up sikit-sikit kasi kemas ketam tu...hahaha
Boleh pulak berhenti makan kejap gara-gara nak snap gambar....
Adoyaiiii.....lawak-lawak hehehe....
Selain keindahan dunia blog bersama rakan-rakan blogger...
Pengalaman yang begini pun mencuit hati...


Yang ni ketam masak pedas

Satu lagi menu ketam...
Masak pedas...tapi ketam nie belum disentuh lagi masa snap gambar 
Hehehe....fresh dari kuali...
Kalau tak kena pulak berhenti makan hahaha...

Kailan Ikan Masin
Yang kat atas tu kailan ikan masin...
Bila masak ikan masin ni...emmmm semerbak satu rumah hehehe
Tapi ikan masin ni best kan...membuka selera :)
Pastikan tingkap dan pintu dapur terbuka untuk menyahbau...
Kalau Cik Suami balik dari luar dah bau menunya hehehe...

Ni lauk malam nie...Ikan Siakap :)


Haaa....yang ni menu malam nie...
Ikan Siakap...nampak muncungnya je..hehehe
Sebab penuh dengan aksesori... 
Dah kerat 2 sebenarnya...
Sekerat lagi asingkan yang tak pedas untuk anak-anak...
Tak taulah nak beri nama apa masakan ni..
Macam-macam letak...cili merah ada, cili api...pastu 3 jenis sos kat dalam tu..
Ada buah tomato, timun, daun ketumbar, serai....
Resepi main campak & cacamarba kot hehehe...
Tapi bila Cik Suami makan...
Aku tunggu je reaksi tanpa menyatakan nama resepi hehehe
"Emmm...sedaplah...."Cik Suami memberi respons...
Hik...hik...hik...menjadi jugak lauk cacamarba aku hari nie...
 
***Kadang-kadang kalau kita masak tak ikut sistem pun ok jugak kan...hehehe.  Jom kita jamu mata ye. Seronok juga jamu mata lauk-lauk rakan blogger yang lain...

Follower Ke-100!

Salam semua...
Dengan permulaan yang ala2 sekejap rajin,
Sekejap malas dalam dunia blog hehehe...
Akhirnya dunia blogging telah memikat hati saya...
Terima kasih sekali lagi kepada kak sarah najwan 
Antara yang terawal memberi tunjuk ajar dan semangat..


Tak sangka hari ini menjejak angka 100!!
Terima kasih juga diucapkan kepada semua rakan blogger yang sudi singgah..

Serta sudi memberi komen dan pandangan...
Perkongsian-perkongsian yang amat bermakna dari kalian semua amatlah dihargai..

Oh ye...inilah gerangan anak muda yang menjadi follower yang ke 100!
Terima kasih dik sudi singgah dan follow :)
Seorang anak muda yang masih lagi belajar...
Blog yang berlatarkan belakangkan hitam..
Dengan pengisian yang pelbagai..
Sesuai dengan jiwa anak muda...
Selamat berkenalan...Adik Zoul Husni


About Me

My Photo
Zoul Husni:My Emancipation
A CAPRICORN MAN will has a pair of round big beautiful eyes, a nice structure jaw line,a good listener and can understand everything easily and clearly,can guess what you will say before you even say it,often shake head or touch hair, a big built, have a darker shade of hair and eyes' color,short and strong neck, broad shoulder, muscular, strong hands and grips..My height is proportional to my weight,walk firmly and always take a big long step,like to watch things built with fascinate and wonder about how it is done, a good dancer,careful person in instinct, will mostly see me wearing green, navy, blue, or brown,can get satisfaction from possession of beautiful thing,like to treat guest in my house than visiting my guest at their house, live life in stability and simplicity. Every decision made are already "Sure" and carefully thought out, will not do what has been asked to do if i'm not interested in doing it, the perfect lover in all the Zodiac for nothing we will not do for our love ones, as Love will make us shines...      ***Teringin nak bagi award kepada follower ke-100 ni tapi isk...isk..isk...belum tamat menuntut untuk menghasilkan award...  Tapi tetap nak belajar. Ada sesiapa tak sudi menjadi guru....hehehe

Tak Retilah Pulak...

[Sumbangan Mr.  Google]
Salam semua...
Pagi ni rasa bersemangat nak buat entry,
Tiba-tiba terbantut pulak..
Bukan apa...sebelum ni memang perasan dah pun
Tarikh dan hari kat atas entry tu lewat sehari...
Aikkkk....hari ni lewat dua hari pulak..
Eh...bila view blog jap tadi lewat sehari macam dulu
Mesti set 'time' tak betul ni kot...
Tapi tak retilah cara nak betulkan :(
Macam mana tu ye?
Tak bestlah pulak...
Macam semalam cerita hari minggu tapi hari masih Sabtu...ishh..ishh...
Dahlah aku tak berapa arif sangat nak membetul-betulkan hehehe
Tak retilah pulak camne nak buat...adoi aiiiii....


Macam mana ye?
Harap rakan-rakan blogger boleh bantu hamba yang masih belum tamat belajar dunia blogging ni hehehe...
Diakui sebelum nie cik suami yang banyak tolong buatkan..
Malam tadi dah beritahu mintak tolong betulkan...
Lepas tu terlupalah pulak...
Rasa tak best je nak buat entry baru bila tak selari tarikh dan hari yang sebenar huhu...


***Baru je bersemangat di pagi-pagi hari ni...terganggu lak perasaan nak buat entry gara-gara hari dan tarikh tu isk..isk..isk... :)

Sunday, December 19, 2010

Berhari Minggu

[Sumbangan Mr.  Google]
Salam semua...
Hari minggu dah ye...
Cepatnya masa berlalu dah hampir nak masuk tahun 2011
Aktiviti hari ni mengemas rumah..
Bekerjasama dengan Cik Suami...
Bukan satu rumah hehehe...
Ikut bahagian, bilik-bilik...
Tak larat sekaligus satu rumah :)
Yang pasti sedang mengemas bilik tempat aku berblog ni hehehe
Sambil tu PC on je...
Curi-curi tulang jap...
Take 5 BW sekejap hehehe...

Lepas nie nak keluar pulak...
Nak cari vest anak dara tu..
Baju sekolah, kasut dah beli awal Disember aritu,
Ada yang tak cukup sebab masa tu belum ada stok..
Anak dara tu dah bising vest tak cari lagi..
Selagi tak beli selagi tulah tanya :)
Takut nanti bukak sekolah tak pakai vest ke sekolah...
Biasalah...takut dengan cikgu walaupun ibu cikgu jugak hehehe

Bila nak beli ni bu...buka sekolah tak lama lagi...
Yelah...jawab aku ringkas...
Sebabnya dari petang semalam lagi tanya hehehe...
Nipun terdengar gak nie...Abah bila nak pegi beli vest...
Tanya kat abahnya pulak hehehe...
Sambil tu nanti bolehlah ibunya tumpang sekaki shopping...
Ibu pun nak ke sekolah gak nanti kan....haha

Oklah...beransur dulu ye...
Nanti Aqilah sound lagi bila nak pegi... :)
InsyaAllah kita bersiaran lagi...
Selamat berhujung minggu...

***Sekejap je masa berlalu kan...tak terasa anak-anak semakin membesar...