Showing posts with label Keluargaku.... Show all posts
Showing posts with label Keluargaku.... Show all posts

Wednesday, December 22, 2010

Semua Dah Selesai

Tak taulah betul-betul promosi ke tak :D
Salam rakan-rakan blogger...
Tadi duduk-duduk, fikir-fikir...
Ada lagi tak barang sekolah Aqilah yang belum beli
Rasanya semua dah selesai
Awal juga membeli keperluan barang sekolahnya
Dalam minggu pertama Disember jugak rasanya

Tahun nie Aqilah jadi pengawas...
Kenalah beli baju warna biru, kasut pulak warna hitam
Aqilah cakap...
"Bu, nanti jadi pengawas boleh pakai baju kurung dan kemeja. " 
"Ooo....ok...habis tu nak beli baju apa?" Balas aku..
"Kak Long nak dua-dua..." Jawabnya pulak.  
Emmm....macam mana tu...dalam hati aku.
"Kalau pakai kemeja, boleh pakai tie dan vest...kain pun lain.." Balas Aqilah lagi.. 
Memang kebiasaannya tahun sebelum-sebelum nie memang aku belikan 5 pasang baju putih tu.
Cepat sangat kotor...masa dia darjah satu lagilah...comotnyeee hehehe
"Jadi nak beli berapa pasang nie?" Aku minta pandangan dia juga :) 
"Kak Long nak pakai kemeja tu Isnin masa assembly....hari-hari lain pakai baju kurung...Jumaat pulak Kak Long nak pakai tudung.." penerangan Aqilah panjang lebar...
"Kalau macam tu kita beli sepasang baju kemeja, 4 pasang baju kurung..."
Kesimpulan akulah tu...yelah, seminggu 5 hari..
Snap gambar lagi :)


Tibalah hari membeli...
Mula memilih...boleh tahan jugak ramai orang...
Kedai yang aku pegi ni agak terkenal di tempat aku...
Bukanlah shopping complex yang besar...
Tapi macam-macam adaaaa hehehe
Siap dengan butik di tingkat atas
Kira mudahlah untuk aku memilih
Dengan anak bujang aku tu lagi
Takdelah risau sangat nak memerhati si bujang tu

Aqilah nie tinggi tapi agak kurus
Masalah yang biasa dihadapi adalah...
Kalau beli saiz badan dia mesti singkat
Kalau beli yang labuh mesti besar pulak

Tengah mencuba kemeja..
Mula mencari kemeja dulu
Kat atas tu, abahnya yang tolong betulkan
Sebab ibunya sibuk snap gambar  hehehe...
Sejak menyertai dunia blogging nie tulah dia :)
Pantang je...nak snap gambar heeeee
Ok...settle!
Kemeja dah dapat...tapi ambik 2 helai jugak
Walaupun plan asal sehelai je
Bimbang cepat kotor

Abah jugak yang tolong zipkan hehehe
Cari kain untuk dipadankan dengan kemeja
Kain susun belakang tu..
Pinggang ok...labuh kena potong sikit
Nanti aku hantarlah kat tailor mintak tolong alterkan sikit..
Dah baju 2 helai...kainpun ambiklah 2 jugak...


Cari baju kurung
Yang ni susah sikit...
Macam aku cakap tadi...anak dara aku ni agak kurus...
Beli besar macam baju pinjamlah pulak nampaknya :)
Kesudahannya...aku cakap dengan abah dia..
"Baju kurung kita beli kain, kita tempah..."
Jadi untuk baju kurung kesimpulannya ditempah...
Lagi padan dengan Aqilah rasanya...
Lepas tu cari kasut dan stokin
Disebabkan kasutnya berwarna hitam, aku ambik 2 pasang je
Stokin 5 pasang...

Sabar je Darwisy menanti...
Mujurlah Darwisy tak mengamuk
Tapi tengoklah muka boring Darwisy...hehehe
Tunggu Kak Long cari baju
Habis satu kedai di ronda kat Darwisy
Selesai semuanya
Cuma satu yang takde masa shopping ni...vest dia...
Tapi masa entry nie, vest tu dah diperolehi
Aqilah pun dah puas hati...
Kalau tak, selagi tak beli akan diasak dengan persoalan hehehe

Sekarang nie pulak...
"Bu, tak sabarlah nak pegi sekolah...."semangat tu!


Yang pastinya baju tu telah dicuba dan siap berdiri depan aku dan abahnya..


***Rakan-rakan blogger semua dah selesai shopping back to school?

Thursday, December 16, 2010

Dah Berani Gunting Rambut

Darwisy dah berani...
Salam semua...
Mesti rakan-rakan bloger semua ada pengalaman menghantar anak kali pertama ke kedai gunting rambut...
Ni kisah anak bujang aku...Darwisy
Gambar di atas ni gambar kali kedua rasanya dia dah duduk sendiri kat kerusi tu
Sebelum nie punyalah takut nak gunting rambut
Setakat ni tulah satu-satunya kedai gunting yang berjaya gunting rambut Darwisy hehehe
Sejak dia kecik bergunting kat sini...
Sebelum ni dia nangis sekuat-kuatnya...
Semua yang sedang bergunting pandang jelah....
Memang kena paksa gunting...
Rambut dah panjang...nak tak nak kena gunting
Kena ajar jugak gunting kat kedai
Satu kedai dah kenal Darwisy hehehe
Sekarang nie kalau ke kedai tu
Mesti diorg cakap balik cerita masa Darwisy kecik....hehehe
Dia besar nanti pun akan aku sampaikan semula...
Betapa seksanya nak menggunting rambutnya hehehe
 

Tengok tu...suspen je hehehe (yang ni hari lain)
Mana tidaknya, sebelum ni gunting sambil berdukung
Abahnya yang dukung...
Abahnya yang terpaksa pakai kain yang belit kat leher tu...
Yang pasti baju abahnya yang habis kena rambut...
Yang tukang gunting tu terpaksalah ikut je hehehe
Kadang-kadang yang tukang gunting tu terpaksa melututlah....si bujang tu berdiri kat lantai
Pusing sana, pusing sini....
Ikut suka dia je hehehe


Sedih je muka... :)
Darwisy seram dengar bunyi 'ketam rambut' tu rasanya....
Macam putus je telinga kot hehehe...
Ada sekali tu lintang pukang dia turun kerusi...
Sebabnya tukang gunting tu sembur dengan hair dryer nak buang rambut-rambut yang melekat...
Sekarang nie aku pesan jangan on kan hair dryer lepas bergunting....
Darwisy dah nak bergunting dalam keadaan camtu pun dah ok sangat dah...
Kalau tak seksa jugak...


Ni yang pegi kelmarin...dah steady dah :)
Kelmarin aku dengan Kak Longnya bawak Darwisy pegi bergunting..
Walaupun tanpa abahnya...
Darwisy dah berani akhirnya...
Macam tulah anak ibu.... :)

Monday, December 13, 2010

JANJI TERTUNAI PART II


Q beli tiket dulu

Salam rakan-rakan blogger....
Beberapa kali hendak menyiapkan JANJI TERTUNAI PART II
Beberapa kali juga keadaan tidak mengizinkan...
Emmm...akhirnya cuba juga untuk berkongsi kesudahannya...

Setelah mendapatkan info tempat yang hendak dituju
Akhirnya tibalah ke destinasinya...
PART I telah menunjukkan aura ice skating hehehe
Posing dua beradik tu berlatarbelakangkan suasana ice skating tu...
Sampai je kat sana...perhati je dulu...
First time ni...tak tau apa prosedurnya..

Oooo....kena beli tiket dulu :)
Tapi fikir juga macam mana Aqilah nak main..
Takde siapa yang tahu main
Kalau beli tiket untuk Aqilah sia-sia pulak nanti
Aku  pun bertanya ada coach tak yang boleh guide...
Memang ada...
So, aku tiada pilihan lain
Untuk memastikan Aqilah dapat main aku ambil pakej yang ada coach
RM60 untuk setengah jam..
Boleh tahan...hehehe
Isi borang...buat pembayaran...
Opppsss....sarung tangan dengan stokin takde pulak...
Pegi kaunter dan beli...belasan ringgit jugaklah..


Ni dia coach RM60 untuk setengah jam...







Haa...tu dia, Aqilah tengah dipakaikan ice skates oleh Coach Bryan..
Kalau aku mungkin tak reti rasanya..
Mujur jugak ambik coach...
Kalau tak, tak taulah hehehe... 
Tak pernah langsung mencuba permainan nie :)

Tengok orang main macam best je...
Takut pun ada bila tengok ada yang jatuh-jatuh tu
Tapi mungkin perkara biasa kot...belum pandai lagi kan


Aqilah start...
Dah selesai pakai kasut....coach suruh Aqilah cuba berjalan dulu..
Lepas tu baru masuk kat gelanggang...
Susah jugak aku tengok nak mengimbangkan badan...
Tapi kalau takde coach tak boleh aku bayangkan macam mana Aqilah nak main....
Tu diaaa hehehe....
Aqilah start ice skating....


Aqilah dah start lepas sikit-sikit...
Aku tengok dari luar...
Gelanggang ni kira berkurunglah....material plastik keras rasanya
Yelah untuk keselamatan pemain-pemain..
Jadi susah juga aku nak snap gambar..
Tu yang tak berapa cantik...gelap je...
Aqilah terus bermain....
Tapi dalam setengah jam bukannya dapat pandai...
Sekadar macam yang dalam gambar tu je sempatnya...
Meluncur memang tak bolehlah...
Tak tahulah berapa sesi agaknya boleh mahir..
Lebih kurang 2o minit gelanggang hendak dikeringkan..
Jadi Aqilah keluar berehat sekejap...
Bestlah bu main....kata Aqilah...
Mujur dia kata best...sebab aku nampak macam payah je nak main benda tu hehehe


Proses pembelajaran berterusan
Dah selesai gelanggang dikeringkan..
Aqilah sambung lagi latihan...
Beberapa kali jugak aku tengok dia terjatuh-jatuh...
Risau jugak...tapi aku tengok muka dia ok je...
Setelah setengah jam....(macam sekejap je RM60 hehehe)
Coach kata Aqilah boleh teruskan sorang-sorang kat tepi-tepi...
Aku macam tak percaya je dia main sorang-sorang...
Risau...bahaya juga situasinya...
Dia nak, tapi aku pulak tak percaya...
Buatnya kena langgar ke....jatuh ke...ishhhh risaulah....
Risau aku ada kebenarannya...
Tak lama lepas tu aku dengar bunyi siren
Staff ice skating berlari-larian sambil menolak wheel chair...
Kenapa pulak ni detik hati aku...
Rupa-rupanya ada yang cedera sampai kena bantuan wheel chair..
Patah agaknya....
Ishhh bahaya sebenarnya kalau tak ada yang pandai untuk guide kita bermain bagi yang baru nak belajar...


Bila tengok keadaan tu lagilah aku tak bagi Aqilah main sorang-sorang...
Akhirnya kami pun bergerak keluar dari kawasan ice skating...
Plan seterusnya nak meronda-ronda dalam Sunway Pyramid...
Aura Christmas semakin hampir...
Pokok Christmas lah yang glamer hehehe...
Pokok Christmaslah yang jadi mangsa untuk snap gambar ;)
Muka Darwisy pun naik letih...Tunggu Kak Long main :)
Oh ye..lupa pulak nak beritahu respons anak dara tu dah dapat main...
Belum sempat tanya....Bestlah bu main ice skating nie....
Nanti kita datang lagi nak? Itulah respons Aqilah....hehehe 
Tapi dalam hati...Rugi pulak RM60 setengah jam ambik coach kat sana kalau setiap kali pegi....
Emmm....dalam hati aku mungkin kena mahirkan dia dulu dalam roller blade...
Mungkin lepas tu mudah untuk ice skating.... 
Kalau setiap pegi RM60 rugi rasanya untuk setengah jam...
Kalau main sendiri aku tengok tiketnya dalam RM23...main tak kira masa kot rasanya.... 
Itu untuk cuti sekolah...hari biasa lain....
Emmm....itulah serba sedikit pengalaman Aqilah dan termasuk dalam agenda MENUNAIKAN JANJI hehehe
Rasanya untuk ronda-ronda di Sunway Pyramid akan disambung juga hehehe
Panjang pula nak bercerita...
Seronok pula ditatap semula dan juga untuk dikongsi bersama rakan-rakan blogger....



***Beberapa hari juga tiada en3 baru.  Semenjak baik demam badan masih tidak berapa selesa untuk duduk lama...apatah lagi depan PC ni.  Apapun di hati meronta-ronta untuk bersiaran bersama rakan-rakan blogger di sini...

Sunday, December 05, 2010

JANJI TERTUNAI PART 1


Kak Long & Darwisy sebelum bertolak...
Salam rakan-rakan blogger...
Minta maaf kerana tidak menjengah sepanjang hari ini ye
Hari ini hari menunaikan janji untuk anak dara aku tu...
Siap ada Part 1 lagi hehehe...
Rasanya macam panjang je perkongsiannya..:)
Harap sudi membaca ye...
Bu...tukarlah, kalau dapat no. 3 kita main ice skaatinglah ye..
Dialog Aqilah selepas peperiksaan akhir tahun bulan lepas..
Hari Jumaat petang baru beritahu dia bahawa hari Sabtu ni nak pegi tunaikan janji tu...
Tak boleh inform awal-awal...
Tak larat nak jawab pertanyaan..

Bu, nanti esok nak pegi pukul berapa?
Nak pakai baju apa nak pegi nanti..
Lepas pegi main ice skating kita nak pegi mana lagi...
Nanti Kak Long nak singgah kedai buku ye...
Bu...nanti itu...nanti ini...
Emmmm....itulah persoalan-persoalan jangkaan aku hehehe

Jadi, dah dekat sampai masanya baru aku inform dia :)
Silap-silap ada permintaan baru pulak hehehe...
Kenal sangat dah dengan anak dara aku tu.... :)
Sampai masanya...pegilah pada pagi Sabtu yang redup sahaja cuacanya..
Namun renyai-renyai dalam perjalanan..
Lambat juga bertolak...
Biasalah...itu, ini, itu, ini....hampir pukul 10 lebih rasanya baru gerak...
Lepas tu ada pulak persinggahan sebelum ke destinasi sebenar...
Riuh juga dalam kereta walaupun ada berempat je..
Darwisy dan Aqilah...emmmm....memang tak sepi sepanjang perjalanan...
Dalam perjalanan...masa hampir pukul 12 dah..
Perut aku nie memang pukul 12 mencari makanan...
Automatik....mesti lapar...
Kalau lewat sikit...memang lemah lah badan aku....


Beritahu hubby....
Kena makan dulu nie bang...lapar dah...
Dalam perjalanan manalah ada restoran kan...
Haaaa....nampak PETRONAS....kat Sg.  Besi...
Restoran MCDONALD ada kat situ..
Bolehlah...MCDONALD....
Walaupun aku suka dapat nasi kalau tengah hari ni...
Tapi sokongan paling padu daripada Aqilah lah...
Kita makan dulu hehehe...
Jadi...kami sekeluarga makan tengah hari dengan hidangan McD...Alhamdulillah...kenyang dan barulah rasa bertenaga meneruskan perjalanan...
Akhirnya sampailah ke destinasi...
Wah cantiklah bu....
Yang Si Adik pun seronok je tengok kiri kanan..
A'ahlah....cantiklah....akupun samalah pulak macam tak pernah tengok hehehe
Bukan apa...Chritsmas semakin hampir kan...
Cantik-cantik hiasan sekitar bandar Sunway dengan hiasan sempena Christmas...
Aku pun suka tengok...


Akhirnya...berjaya mencari parking...
Lepas sampai posing pulak dulu...
Aku suka mengabadikan kenangan-kenangan...
Kalau boleh setiap langkah kot hehehe
Seronok ditatap semula...
Ok jom....
Kita cari kat mana tempat Ice Skating..
Aqilah excited sangat dah....
Tak pernah pun ke tempat Ice Skating nie..
Jadi, mencarilah dulu...
Akhirnya berjumpalah tempatnya...
Kali pertamalah katakan.....
Buat pemerhatian dulu...
Tanya serba sedikit, dapatkan info....
Posing sebelum masuk ke destinasi sebenar...

Haaa....tu dia...Ambik aura Ice Skating dulu...
Tapi....
MASALAH!!!!
Sape yang nak main dengan Aqilah nie....
Suruh abahnya masuk....
Ishhh....tak retilah....hehehe...jawab abah dia
Aqilah cakap...
Jomlah ibu teman Kak Long....
Eeeee....tak naklah ibu Kak Long...tergolek ibu nanti hahaha


Habis tu macam mana???
Macam mana pulak nie...
Janji kena tunaikan....tempat dah sampai...
Orang kat situ...tak boleh nak cakaplah...
Punyalah ramai...hari Sabtu lah katakan...


Habis macam mana nak main nie???
Waaaaa.....
Kalau tak dapat main...memang frust yang teramatlah anak dara aku tu...



***Ada lagi kisah seterusnya...saya akan ceritakan untuk PART 2 nanti ye...mata dah mengantuk & letih juga aktiviti siang tadi...kita bersiaran semula esok.  Selamat malam...

Saturday, November 27, 2010

Serik Aku Ke HOSPITAL Ni!!!!

Setelah Doctor berjaya memasang tiub di tangan
Tadi membelek-belek telefon...tgok gambar2 lama.  Tertengok balik gambar semasa anak aku dimasukkan ke hospital....Cerita nie dah lama Mei 2010.  Tapi kenangannya takkan ku lupakan sampai bila2. 
Tiba2 suatu pagi aku perasan pipi anakku bengkak.  Mcm kelenjar....mgkn beguk sangkaanku.  Aku telefon mak tanya...mak cakap mgkn beguk.  Mak suruh aku letak nila dan cuka.  Takde pengalaman dalam penyakit beguk nie.
Aku ke klinik pakar kanak2...doktor cakap kena warded sbb kena masukkan antibiotik yang berterusan.  Kalau makan lambat doktor cakap.  Aku berhajat ke KPJ, doktor ckp takut penuh.  Tapi dia kata apapun kena masuk ward hari ni jugak.  Aku mula risau...jadi aku ambil keputusan ke hospital pakar satu lagi dgn harapan boleh terus masuk wad.  First time ke hospital nie.
Sampai je proses pendaftaran macam biasa.  Pastu ke klinik doktor pakar kanak2 tu.  MENUNGGU!!! Aku dah semacam dah rasa....
Bukan apa, surat doktor dah dapat. KENA WARDED! Tapi masih kena tunggu giliran jumpa doktor.  Anak aku badan pun dah demam...dah letih badan dia. Nak menunggu lagi.....bukannkah patutnya TERUS MASUK WAD! Then boleh je doctor ke wad kan...Akhirnya sampai giliran...Masuk jumpa doktor.  Then masuk wad...doktor cakap kena masuk antibiotik.  Susah hati dah aku....sah..sah...MENJERIT satu hospital nak cucuk tangannya tu.  Aku mmg tak berani tgok..tak sampai hati.  Hubby aku yg pegang...satu hospital dengar jeritan dia...Antibiotik kena habiskan 5 hari kalau tak silap aku.  Bermakna kena BERKAMPUNG kat hospital lah...Takpe demi anakku..Beberapa hari berlalu..Aku masih ingat lagi..aku buat GILIRAN dgn hubby jaga anak...sbb CUTI TAHUNAN pun tak banyak..HARI JUMAAT..mujur aku balik sekolah awal Jumaat pukul 12.15..aku terus ke hospital menjenguk anakku.  Mula2 AKU TAK SEDAR....anakku gembira mcm biasa.  Aku membelek tangannya...Aku rasa hairan JARI2 ANAKKU SEPERTI MEMBENGKAK!! 2 KALI GANDA DARI ASAL...LENGAN DAH KEMBUNG..KUKU BIRU!!!Kesiannya Darwisy....Apalah yang dia tahu... Aku apalagi....Aku panggil nurse.."Kenapa jadi macam  nie?"  Nurse kelam kabut buka balutan...Itupun takut2 anak aku menangis...Aku mmg PANAS dgn keadaan mcm ni.  Masih lagi terhegeh2 nak buka balutan..Budak menangis normallah...Aku pulak yg tolong sama2.  Aku risau...KUKU DAH BIRU bermakna PENGALIRAN OKSIGEN TERSEKAT! Aku ckp dgn nurse AKU NAK JUMPA DOKTOR.   Aku ke bilik doktor...tunggu lagi...ada patient.  Hati aku marah campur sedih.  KALAU AKU TAK DATANG JENGUK ANAK AKU TADI???SAPE PERASAN???NURSE TAK PANTAU TANGAN ANAK AKU KE???Aku jumpa doktor tu..Hati aku ni bercampur baur. Marah...Sedih..Terkilan...semua ada.  Aku ringkaskan ye...Aku sound direct doktor tapi masih berbudi bahasa.  Aku nyatakan ketidapuasan hati dan kekesalan aku dgn apa yg berlaku. Buat pengetahua kengkawan semua...sepanjang anak aku kat sana, tak pernah sekali balutan kat tangan ditukar..Aku terus je cakap kat doktor tu:  MMG AKU MENYESAL ADMITTED KAT HOSPITAL NIE. NILAH FIRST & LAST...Satu lagi masa kat sana ada NURSE LELAKI.. Oklah takde masalah....YANG BUAT AKU MARAH...ada sekali masa dia bertugas...masa bagi ubat...anak aku DEMAM jugak...ON & OFF. Kekdg sampai menggigil...boleh aku pulak tekan loceng panggil dia bagi ubat...TAK PEKA!!! Tapi bukan sume nurse lah...masa aku panggil tu MUKA BANGUN TIDO.  Ishhhh....mcm mana bertugas nie??????   Mmg aku dah decide akan keluarkan anak aku dari hospital nie dan SERIK AKU KE HOSPITAL NI!!!MGKN TAKKAN KU JEJAKI LAGI...
Pipi yang bengkak sebelah KIRI

Selepas dibedah...
Kesian tgok gambar anak aku nie....ingat mcm mana dia kat hospital....Akhirnya aku mintak keluar hospital.  Siap dia suruh aku isi surat...APA2 BERLAKU TANGGUNGJAWAB SENDIRI...sbb keluar blm masanya...Aku ambil ubat antibiotik bg makan kat rumah je.  Then aku follow up balik kat klinik pakar yg sebelum tu.  Doc tu cakap kat kelenjar air liur anak aku dah ada nanah.  Kena buang (bermakna kena OPERATE).  Dia suggest aku sorang Pakar Bedah kat KPJ.  Haritu jgk admitted...doctor ckp esok pagi operate.  Kesiannya anak aku kecik2 dah kena operate...Tapi mmg itu solution utk kebaikan...Pagi2 esoknya pukul 7 aku tukarkan baju bedah (mcm dalam gambar tu..) dan bawak ke bilik operation.  Air mata aku mengalir dgn sendirinya....Darwisy tak menangis pun ke dewan bedah.  Seolah2 tau apa yg akan berlaku....abahnya teman Darwisy utk proses bius....Aku tidak putus2 berdoa agar semuanya berjalan lancar.  Walaupun minor operation...namun kerisauan tetap bersarang di dada...
15 minit selepas itu...doktor keluar dari dewan bedah....'Puan dah selesai....'  ALHAMDULILLAH....
Darwisy menangis...mungkin ubat bius dah hilang dan sakit mula terasa...Keesokkan harinya satu lagi SENGSARA....CUCI LUKA...ADUHHHHH....aku dah terasa sakitnya.  Mmg Darwisy menangis...abahnya yg antar.  AKU TAK BERANI....Setelah selsesai cuci luka doktor membenarkan Darwisy pulang.  Setelah semuanya selesai akhirnya Darwisy mula tersenyum mgkn rasa sakit mulai berkurangan setelah sehari berlalu..Rawatan seterusnya dibuat di rumah (cuci luka) dan follow up yang terakhir seminggu selepas itu... dan pembalut sudah boleh dibuka kerana menurut doktor luka tersebut akan bertaup semula.
Anakku sihat seperti sediakala....dan aku gembira gelak ketawanya hadir semula....

***Kengkawan semua, mgkn panjang ceritaku ini...namun itulah yang tersirat di hati yg sukar dibuang kenangan sebegini.  Sekadar berkongsi pengalaman dan cerita...terima kasih bagi yg sudi membaca...

Monday, November 22, 2010

Baru 2 hari nak pandai berenang??????

First day Aqilah @ swimming class (Aqilah yg tengah pakai gogle hitam)

Mcm susah je...:)
Cuti sekolah dah bermula.  So, mencari aktiviti utk anak dara aku ni utk memenuhi masa cuti nie...offer dia swimming class.  So excited utk join the class.  Hari Sabtu, 19 Nov 2010 start first day swimming classnya...ari pertama ni just belajar bubling (bernafas dalam air) dan cuba kuak (rasanya salah istilah aku ni hehehe) air ke depan.  Aku tulis berdasarkan yg aku nampak laa.  Oklah nampaknya...cuma Aqilah teruk juga ketarnya...kesejukan.  Mgkn belum biasa kot.  Hari kedua, Isnin....masa nak pegi mmg xcited sesangat...Mcm biasa cikgu renang dia pakaikan pelampung.  Then first buat bubling...Lepas tu cikgu suruh try berenang.  Kali nie apa yg tak kena aku pun tak tahu...dari jauh tetiba aku tgok dah tutup muka pulak. (Aku rasa mcm menangis je).  Apsal lah pulak nih...
Cikgunya datang kat aku kata dia nangis....emmm betullah tekaan aku.  Hairan gak aku hari pertama seronok sakan...knp lak arini nangis....aku try siasat..hehehe...dia cakap tak nak belajar dah.  Sudahhhh...payment dah buat.  Kelengkapan complete dah beli...ishhhh sayang la pulak kalau tak teruskan.  Tanya punya tanya tak jawab....dengan menggunakan strategi dan kepakaran hehehe...akhirnya terjawab!  Rupanya dia malu tak dapat buat apa yg cikgu suruh....adoiiiiii laaaa hai....manalah boleh nak pandai baru 2 hari!!! Aqilah, Aqilah...emmm...gitulah gayanya anak dara aku tu.  Dengan menggunakan psikologi dan kepakaran lagi sekali (che wahhhhh) akhirnyaaaaaa....esok pagi dia setuju utk belajar berenang lagi.  Kalau tak, sapelah nak guna barang2 renang dia tu hehehe....Harap2 esok memberi semangat baru utk Aqilah...

Darwisy & Hamster

Hamster tu jauh je...takut kot hehehe

Ntah apalah nak dibuat dgn hamster tu...
First time....sblm ni mgkn kenal tikus...(ntahlah ye kenal ke tidak bujang aku ni kat tikus) tapi dia panggil hamster nie 'tikuih...' hehehe. 
Ni pagi raya haji baru2 nie...kat Kampung Talang, Tg.  Ipoh...punyalah excited.  Naik semput hamster tu di kejekannya.  Tak senang duduk hamster tu.  Hamster nie sepupu aku dr USM balik cuti raya bwk hamster nie.  Tak pernah dapat peganglah katakan, apalagi tak chance hamster ni nak rehat w/pun penat naik bas dari p\Penang hehehe.  Kesiannnn hehehe.  Kejap jolok, ke tepi kejap hamster tu...pastu bukak pulak sangkar nak ambik, aku pulak terjerit hehehe... Yelah, hamster bukannya besar pun.  Buatnya dibaling hamster tu...aduhhhh menyesal hamster tu datang Negeri Sembilan hahaha.  Last2 aku ambik sangkar hamster tu letak atas almari.  Demi nak selamatkan hamster tu hehehe....tapi tak putus asa. Cuba gak mintak kat aku...aku buat tak tau je...pujuk sikit2.  Kalau bagi...emmm...tak taulah aku apa jadi kat hamster tu.  Tapi kesimpulannya hamster tu selamat :)

Tenung lagi...emmm...

Friday, October 15, 2010

Kak Long & Ladang Teh

Aku suka betul tgok ladang teh kat Cameron nie...Kehijauannya memukau..Che wah!!  Anakku lagi lah kagum.com hehehe...aku cakap.."Kak  Long nilah teh yang kita minum tu..."  Terkejut gak dia..yelah, minum tehnya kaler gelap.  Tgok kat ladang hijau.  Akupun explainlah serba sedikit...tapi mmg seronoklah anak dara aku nie dapat tgok REAL punya teh.  Baru dia tahu inilah daun teh yang buat air tu...

Inilah keluargaku...

Salam semua...inilah family aku.  Cari punya cari jumpalah gambar nie..masa ni kat Cameron Highlands.  Inilah family tercinta aku...ni masa bulan Jun tahun nie.  Ada 2, 3 keping je gambar family.. Tgok hero aku tu ada je aksi. Tulah pasalnya gambar family tak dapat je nak snap...Setiap hujung tahun try spend masa utk kids jalan2..dekatpun takpe.  Anak sulung aku cakap "cuti sekolah takkan duk rumah je.."  hehehe...so, kenalah bawak kuar rumah.  Dekat pun takpe...pada dia, cuti sekolah kena jenjalan...:)