![]() |
| Basikal baru Darwisy :) |
Salam rakan-rakan blogger semua
Baru berkesempatan menjengah hari ini
Nak berkongsi cerita bujang kesayangan aku
Darwisy...
Tengah hari kelmarin keluar nak cari kaler crayon Aqilah
Jalan-jalan cari makanlah sekali hehehe
Malas nak ke kedai buku sekadar nak cari crayon
Jadi menyinggahlah di pasar raya The Store
Dalam tu adalah pulak basikal
Darwisy pun perasan kewujudan basikal di situ...
Darwisy dah lama jugak menyebut nak basikalApa lagi...
Si Bujang nie mintaklah..."Bu nak basikal...bu nak basikal...bu nak basikal...
Yang pastinya tanpa jemu...aku kata "Tanya abah..."
"Abah, nak basikal...abah nak basikal...."
Hehehe....larat dia cakap berulang-ulang kali...
Sampai masuk ke dalam kereta...
Kesian pulak...Memang dalam perancangan nak belikan Darwisy basikal bulan depan
Sempena besday nya...
Tapi kesian pulak Darwisy asyik menyebut...Akhirnya dari The Store teruslah ke Seremban ke kedai basikal
Punyalah seronok Darwisy tengok banyak basikal kat situ
Tauke kedai tu suggestlah basikal kat atas tu
Memang elok beli besar sikit
Budak cepat membesar...
Memilih pun tak lama
Berkenan pulak tengok yang dicadangkan tu
Teruslah buat pembayaran (boleh tahan jugak harganya....hehehe)
![]() |
| Hepi sungguh Darwisy... |
Sampai rumah
Tanpa berlengah-lengah lagi
Darwisy pun mencuba basikal barunya...
Hepi sungguh dia...sampai ke tengah malam main basikal
Adoiiii....heheheMungkin baru lagi....
***Besday nanti tinggal hadiah dari ibu jelah....abah dah bagi awal :)

