Showing posts with label Coretan Hati. Show all posts
Showing posts with label Coretan Hati. Show all posts

Saturday, February 12, 2011

Masihkah Kau Ingat...

Salam rakan-rakan blogger semua...
Masihkah kau ingat diriku ini hehehe
Harap2 tak lupa huhuhu

Lama betul tak menjenguk blog nie
Apatah lagi blog rakan2 sekalian...
Kemaafan juga dipinta ye
Rasa bz je bila dah buka sekolah nie
Bukannya apa balik sekolah menjelang petang
Menjelang malam mata pun dah mengantuk

Malam nie tetiba rasa rindu pulakkkk hehehe
Sebenarnya rasa tak sihat jugak nie
Dengan selsemanya, sakit kepala...
Nak BW mcm tak larat je..
Adussss...
Bergilir2 dalam rumah tak sihat
Biasalah...kalau sorang dah mula tak sihat
Mesti rotate lah tu nanti :)

Pagi tadi ke sekolah
Ada bengkel teknik menjawab soalan
Untuk pelajar2 tingkatan 5 2011
Dengan suara serak-serak basah hehehe
Membuat lontaran suara jugak kat students...
Semoga pelajar-pelajarku semakin berkeyakinan untuk menduduki peperiksaan SPM 2011 yang bakal menjelang

Berundur dulu ye...
Ada rezeki, panjang umur dapatlah bersiaran lagi
Dunia blog memang indah sebenarnya
Perkongsian dengan rakan-rakan maya

***Walaupun semakin jarang bersiaran tetapi di hati tetap tidak lupa rakan-rakan mayaku sekalian...:)

Monday, January 17, 2011

Setelah Seminggu...

Salam semua...
Setelah hampir seminggu
Baru jengah kembali
Tak berkemsempatan rasanya
Emmm.....tapi rindu juga
Nak BW

Nak tulis entry  
Dengan kenalan maya di sini

Sekejap sahaja masa berlalu
Dah masuk pertengahan bulan Januari
Sedikit kesibukan di awal bulan ini
Namun InsyaAllah akan diuruskan sebaiknya

Keletihan je apabila balik keje huhuhu

Nak menjengah blog...layu je mata
Hari nie gagahi untuk menjengah
Apapun miss u all lahhhhh....
Jangan lupakan diriku ye hehehe...

***Tak dapat nak jadi mcm ibu sarahnajwan...sentiasa updated blognya...

Wednesday, January 05, 2011

Minggu Yang Sibuk

Salam rakan-rakan blogger
Masa menaip ni mata teramatlah beratnya...
Minggu pertama sekolah
Minggu yang agak sibuk
Penat mental dan sekaligus fizikal pun keletihan
Hari ni pun balik pukul 5.00 petang
Walaupun cikgu, balik dah sama macam keje pejabat huhu

Tak berkesempatan untuk BW
Menjengah rakan-rakan semua
InsyaAllah akan mencuri ruang bila kelapangan
Rindu nak baca entry rakan-rakan semua...

Biasanya stayback kat sekolah menyiapkan kerja-kerja
Sebab bila dah balik keletihan je...
Jadi bawak keje balik rumah kadang-kadang tak terbuat
Beberapa hari ni memang balik petang
Lepas tu baru ambik anak-anak dari rumah pengasuh
Sampai rumah...aduhhhh keletihan...
Kadang-kadang sambil duduk boleh terlelap hehehe 


Adoiiii....beratnya lah mata...
Mengundur diri dulu ye
InsyaAllah bertemu lagi di alam maya...

***Rindunya nak BW dan baca entry...namun apakan daya, mata tak terdaya huhuhu...

Friday, December 31, 2010

Menjenguk Sebentar

Salam semua...
Saya agak sibuk hari ini
Beberapa perkara yang harus diselesaikan
Dah tengah malam kini
Menjenguk sebentar
Minta maaf juga kepada rakan-rakan blogger semua
Tidak sempat untuk BW dan juga membaca entry 
Rakan-rakan blogger semua...
InsyaAllah saya akan kunjungi nanti ye

Pagi besok mesyuarat pertama di sekolah
Bermulalah tugasan menjelang tahun baru
Mengundur diri dulu ye
InsyaAllah kita ketemu nanti...


***Hati tetap ingin mencuri masa untuk BW dan baca entry...saya akan hadir nanti ye :)



Sunday, December 26, 2010

Demam Kali Kedua

Salam rakan-rakan blogger...
Baru je bersemangat nak berkongsi cerita
Cerita bakery class..
Tiba-tiba Jumaat malam 
Lepas buat entry "Menjenguk Semula"
Badan tiba-tiba sejuk dan menggigil...
Terus capai sweather....
Rasa macam nak demam semula
Makan ubat demam sebiji dan terus tidur
Malam tu memang menggigil dah badan masa tidur...
Memang tidur malam tu tak lena
Kesejukan, ditambah dengan batuk...
Confirm!
Demam Kali Kedua...
Rasanya baru je baik demam 


Tak sempat lagi nak menjengah blog rakan-rakan  
Hanya sempat BW je sekejap Jumaat malam tu
Rancangan asal nak ke Melaka hari Sabtu
Nak bawa anak jalan-jalan..
Terpaksa dibatalkan
Kepala sakit yang teramat
Badan lemah..tak selera makan pun iye

Tak tahulah mudah je badan ni tak sihat...
Kurang daya tahan ke agaknya...
Mujur demam tak berlarutan...
Tapi bila demam memang lemah sangat badan
Apatah lagi bila makan pun tak selera...

***InsyaAllah ada kesempatan dan kesihatan saya akan mengunjungi rakan-rakan blogger semua ye...

Friday, December 24, 2010

Baru Menjenguk Semula

Salam semua dan selamat malam...
Minta maaf ye...
Sebab baru online semula malam ini
Sebab petang Khamis aku ke Kajang
Ke rumah emak ku...
Bermalam di sana...
Baru je sampai rumah lebih kurang pukul 10.00 tadi
Oleh itu beberapa hari ni tak dapat untuk berkunjung ke blog rakan-rakan semua
Entry baru pun tak sempat disediakan...

Petang Khamis baru-baru ni aku ke bakery class
Untuk buat cup cake..
Jadi terpaksa minta pertolongan mak aku
Untuk menjaga anak dara dan si bujang aku
Bila petangnya mak nak balik ke Kajang
Anak dara aku nak mengikut neneknya...
Jadi akupun sama-samalah ikut ke sana

InsyaAllah...
Nanti aku akan melawat kalian semua ye


***Emmm...nanti akan aku kongsikan pengalaman menghadiri bakery class ye beserta hasilnya...nyum..nyum..

Monday, December 20, 2010

Follower Ke-100!

Salam semua...
Dengan permulaan yang ala2 sekejap rajin,
Sekejap malas dalam dunia blog hehehe...
Akhirnya dunia blogging telah memikat hati saya...
Terima kasih sekali lagi kepada kak sarah najwan 
Antara yang terawal memberi tunjuk ajar dan semangat..


Tak sangka hari ini menjejak angka 100!!
Terima kasih juga diucapkan kepada semua rakan blogger yang sudi singgah..

Serta sudi memberi komen dan pandangan...
Perkongsian-perkongsian yang amat bermakna dari kalian semua amatlah dihargai..

Oh ye...inilah gerangan anak muda yang menjadi follower yang ke 100!
Terima kasih dik sudi singgah dan follow :)
Seorang anak muda yang masih lagi belajar...
Blog yang berlatarkan belakangkan hitam..
Dengan pengisian yang pelbagai..
Sesuai dengan jiwa anak muda...
Selamat berkenalan...Adik Zoul Husni


About Me

My Photo
Zoul Husni:My Emancipation
A CAPRICORN MAN will has a pair of round big beautiful eyes, a nice structure jaw line,a good listener and can understand everything easily and clearly,can guess what you will say before you even say it,often shake head or touch hair, a big built, have a darker shade of hair and eyes' color,short and strong neck, broad shoulder, muscular, strong hands and grips..My height is proportional to my weight,walk firmly and always take a big long step,like to watch things built with fascinate and wonder about how it is done, a good dancer,careful person in instinct, will mostly see me wearing green, navy, blue, or brown,can get satisfaction from possession of beautiful thing,like to treat guest in my house than visiting my guest at their house, live life in stability and simplicity. Every decision made are already "Sure" and carefully thought out, will not do what has been asked to do if i'm not interested in doing it, the perfect lover in all the Zodiac for nothing we will not do for our love ones, as Love will make us shines...      ***Teringin nak bagi award kepada follower ke-100 ni tapi isk...isk..isk...belum tamat menuntut untuk menghasilkan award...  Tapi tetap nak belajar. Ada sesiapa tak sudi menjadi guru....hehehe

Friday, December 10, 2010

Kembali Sihat

Salam rakan-rakan blogger...
Minta maaf ye..agak lama tidak menjengah...
Agak lama rasanya tidak bersiaran
Walaupun baru 2 hari...
Kesihatan tidak mengizinkan
Tak larat rasanya nak bangun...
Alhamdulillah...
Hari ni Allah memberi nikmat sihat semula...

Menjalani rutin seperti biasa,
Pukul 9.00 menghantar Aqilah ke kelas renang,
Memasak makanan tengah hari...
Pukul 2.30 menghantar Aqilah ke kelas KUMON..
Pukul 4.00 mengambil semula Aqilah...
Itulah rutin setiap hari Jumaat...
Semoga Aqilah menjadi anak yang cemerlang...
Dunia dan akhirat...



***Tiba-tiba buka blog arini...ada pulak iklan baru.  Emmm...Cik Suami yang letak...sypun tak tau.  Kalau sudi click lah ye..  Tapi jauh nun di bawah sana...Cik Suami cakap info yang berguna...
 

Friday, December 03, 2010

Terkenang Juga Rupanya

Salam rakan-rakan blogger..
Sejak tengah hari semalam internet buat hal
Rasanya baru je TERJATUH HATI dengan dunia BLOG nie...
Apakan daya, tak sangka pulak internet iri hati...
Hehehe...mcm internet ni manusia pulak ;)

Emmmm....ku usahakan juga
Call TM...
Aduhhhh...letih jugak bila call TM ni
Arahan punyalah byk...(mesin yang jawab...)
Tapi memanglah...ramai yang memerlukan perkhidmatan mereka ni
Tapi letih jugak telinga nie..
Sementara dilayan...
Aku dilayan oleh mesin jawapan...
Aduhhhh....panas gak telinga...
Tak pernah call lah katakan...
Tunggu jelah...
Lepas tu dah terpandai sikit hehehe...
Aku buat loud speaker...letak kat tepi
Dah ada orang jawab baru aku bercakap
Sebelum nie tak pernah call pun TM nie
Semua masalah teknikal ni hubby yg uruskan
Tetapi gara-gara dirimu BLOG hehehe
First time rasanya call TM....
Ishhhh....tak sangka pulak aku, dunia blog nie
Tak jumpa sehari terkenang juga ye...
Terfikir rakan-rakan blogger yang lain..
Emmm....begini rupanya tempias dunia blog..


Menjelang malam baru line internet ok..
Dapat bertemu kembali..
Dunia blog, rakan-rakan maya, perkongsian2...
Memang best rupanya...


***Tak sangka boleh terkenang-kenang dengan dunia blog walaupun baru sehari tidak bertemu...emmmm...hebat jugak penangan blogging nie ye :)





Tuesday, November 30, 2010

Seronok Ke Jadi Cikgu?

[Gambar Ihsan Google]

Salam semua...
Tiba-tiba teringat pelajar-pelajarku,
Maklumlah sekarang cuti sekolah,
Namun kini pelajar-pelajarku berperang dengan SPM
Semoga anak didikku berjaya dengan cemerlang
Aminnnn....

Pelajar-pelajar aku pernah bertanya
Seronok ke jadi cikgu
Mungkin bila mereka tengok aku...
Melaksanakan pengajaran
Mengawal kelas
Mengawal pelajar kadang-kala tak dengar kata
Bersabar dengan kerenah mereka
Aku senyum sebelum memberi jawapan....

Aku memberi jawapan
Cikgu seronok mengajar kamu
Bila kamu mendengar kata dan buat apa yang cikgu suruh
Cikgu tak marah kalau kamu tak pandai
Cuma satu je yang cikgu tak suka 
Iaitu jangan biadap...dengan sesiapapun
Ye...aku tak kisah kalau mereka kurang pandai
Lambat dapat apa yang aku ajar
Masih boleh diajar dan dibimbing
Tapi aku memang tak boleh jika ada pelajar yang biadap...
Bak kata orang, 'memang pantang'...
Cikgu boleh menjadi kawan, gelak ketawa sama-sama
Tapi dalam kelas...
Kamu kena fokus, buat semua latihan dan hantar bila diarahkan

Memang seronok jadi Cikgu,
Bila ada yang telah berjaya
Bila ada yang sentiasa mengingati kita
Kad kahwin setiap tahun tiba dari bekas-bekas pelajar
Tanda ingatan mereka....hati bangga, kita tak dilupakan
Ada yang menyatakan rindu kat kita
Ada juga jumpa di shopping kompleks
Dengan suami dan anak-anak mereka
Banyak lagi keseronokannya bila dikenang-kenangkan...

***InsyaAllah Cikgu akan curahkan ilmu seikhlasnya untuk melihat kamu semua berjaya...

Saya Follow Juga...Ikhlas Ke?



[Sumbangan Google]
Ikhlaskah Aku ?

Salam dan selamat pagi...
Sebelum  ini sememangnya diriku tidak aktif dalam dunia blog
Blog ni dihasilkan oleh suamiku
Aku melihatnya sahaja
Tanpa menjadi pengunjung setia
Datang ke dalamnya ikut suka

Tapi tiba-tiba seorang blogger menjengah
Kak sarah-najwan sudi menjadi guruku
Katanya dunia blogger menghiburkan
Banyak rakan dan banyak ilmu yang dikongsi
Setiap hari beliaulah pengunjung setiaku
Tidak pernah ketinggalan mengisi komen2
Sebagai pembakar semangatku
Sampai malam tadi tetap membimbing aku
Boleh dikatakan setiap hari chatting melalui FB 
Yang pastinya tidak lari memberi ilmu2 berguna
Terima kasih tak terhingga kak... 
sarah-najwan itulah gerangannya

Kini Follower semakin bertambah
Begitu juga dengan kunjungan daripada rakan2 blogger
Hatiku berbunga riang kerana dapat menjalinkan ukhuwah
Sesama kita...
Terima Kasih semua atas perkongsian
Dengan entry2 yang amat memberangsangkan

Aku turut menjadi follower kepada rakan2 blogger
Namun dalam hati bersarang kerisauan...
Bolehkah aku ikut semuanya dengan ikhlas??
Ibarat seseorang jejaka memberi ros putih kepada si dara
Yang ibaratnya memberi erti...
Rasa cinta yang suci dan sejati

Mampukah aku menjejaki semua...
Pada aku...bila menjadi follower,
Aku akan follow entry2 mereka..
Kalau tidak aku rasa seolah menipu mereka
Juga diriku sendiri
Aku turut ingin perkongsianku dibaca
Dengan niat untuk berkongsi bersama
Bukan singgahan semata-mata
Itu juga yang akan ku cuba laksana

Rakan2 blogger sekalian
InsyaAllah...akan ku cuba menjejaki
Walaupun seketika..
Kerana...
Tiada ruginya...
Entry2 kalian memberi banyak perkongsian
Kepada aku yang baru mengenali dunia ini
Paparan perkongsian kalian memikat hatiku
Yang baik akan sentias aku teladani...

Sampai di sini dahulu 
Coretan ikhlas Ibu Darwisy & Aqilah
Semoga ikatan yang terjalin sesama kita
Rakan-rakan Blogger...
Dirahmati Allah
Bila perkongsian ilmu2 berguna
Dijadikan iktibar oleh rakan2 blogger kita

Yang Baik Dijadikan Teladan...
Yang Buruk Dijadikan Sempadan..

Dunia blogger telah memikat hatiku