Showing posts with label Kak Long. Show all posts
Showing posts with label Kak Long. Show all posts

Monday, January 03, 2011

Hari Pertama Aqilah dan Ibu

Kak Long dengan penampilan baru berbaju biru..
Salam rakan-rakan blogger semua...
Baru berkesempatan menjengah
Hari pertama persekolahan hari ni...
Agak sibuk dengan pelbagai urusan
Sebagai guru kelas
Mengutip yuran, menguruskan kelas, menerima kedatangan pelajar baru dan macam-macamlah kiranya hehehe...


Hari ni juga hari pertama Aqilah berbaju biru
Semangat yang berbeza tahun nie 
Dengan jawatan baru yang dipegang 
Sebagai pengawas
Pada malam harinya beriye-iye suruh kejut pagi
Takut terlambat..
Pengawas lah katakan...:)
"Nanti kejut Kak Long 5.30 ye bu..."
"Cikgu cakap pengawas tak boleh lambat.."  tambahnya lagi
Amboi awalnya dalam hati aku...
Aku iyekan aje...
Kebiasaannya aku dan Cik Suami pukul 5.00 pagi dah bangun
Cik Suami pun turut merasai hari pertama persekolahan
Cik Suami bercuti hari ni
Menghantar Aqilah
Kebiasaannya Cik Suami bercuti untuk hari pertama persekolahan
Bersemangat juga kot :)

Disebabkan Cik Suami bercuti
Cik Suami yang menjemput Aqilah
Kebiasaannya aku yang mengambil Aqilah
Sebab Cik Suami berkerja di Nilai

Disebabkan Cik Suami bercuti
Balik sekolah aku keluar bersama untuk beberapa urusan 
Aqilah Cik Suami hantar ke rumah pengasuh
Tempat Darwisy dijaga 
Petang baru ambik Aqilah dan Darwisy
Belum sempat sampai rumah
Dalam perjalanan je...
"Bu...tadi Kak Long bertugas di perhimpunan...
"Lepas tu Kak Long jaga kelas 3 Zuhrah masuk ke kelas...
"Cikgu cakap tempoh percubaan pengawas kalau Kak Long datang lambat ke, tak berdisiplin ke, jawatan kena tarik.... 
Kata Aqilah...
Hari pertama persekolahan Ibu juga hehehe
 Aku pun menambah...
"Betullah tu...sebagai pengawas mesti menjadi contoh...
"Kalau Kak Long belajar merosot, ibu sendiri akan jumpa cikgu suruh lucutkan jawatan pengawas..
Bolehlah dikatakan sebagai amaran juga...hehehe
Sebab memang aku taknak dengan title pengawas menyebabkan pelajaran merosot...
Aku memahami bila sudah memegang jawatan pengawas adanya tugasan tambahan yang perlu dilaksanakan
Kadang-kadang akan mengganggu sedikit sebanyak...
Tapi yang pasti pengurusan masa yang baik tidak akan menjejaskan pelajaran...
Itu yang aku harapkan...
Agar Aqilah pandai menguruskan masa

***Apapun aku berharap dengan jawatan yang dipegang oleh Aqilah akan lebih mendisiplinkan dirinya baik dari segi akademik dan juga sahsiah...
 

Saturday, January 01, 2011

Tahun Baru Aqilah

Salam rakan-rakan semua...
Harap belum terlambat lagi ye untuk mengucapkan 
Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua kenalan mayaku...
Semoga tahun baru kali ini
Sentiasa kita dilimpahi dengan kesejahteraan hidup
Kurniaan Allah s.w.t
Menjadi insan yang lebih gemilang 
InsyaAllah...

Emmm....tajuk di atas....
Aqilah semakin bersemangat untuk ke sekolah
Mudah-mudahan semangat ini tidak luntur sampai bila-bila
Buku-bukunya baru je malam tadi selesai aku balut 
Last minute juga :)
Tuliskan nama di buku tulisnya
Katanya nak sediakan peralatan sekolah malam ini
Yelah...jawabku...


Aqilah semasa darjah 2 Utarid 2010
Aqilah masuk darjah 3 tahun ni
Gambar di atas kenangan semasa Aqilah darjah 2
Cepatnya masa berlalu...
Cabaran yang hebat untuk pelajar-pelajar masa kini
Satu kelas tak kurang dari 40 pelajar
Bersaing antara satu sama lain...
Persaingan sihat untuk berjaya
Aku harap Aqilah mampu untuk bersaing
Serta berjaya dalam pelajaran dan kehidupan
InsyaAllah....


***Sehari lagi bermulanya rutin harian seperti biasa...akan cuba mencuri masa untuk melawati blog :)

Wednesday, December 01, 2010

Kalau Dapat Nombor SATU


Salam rakan-rakan blogger..
Perkongsian untuk petang ini sebelum kembali ke dapur
Persediaan makan malam pulak....

Lagi berkisar tentang Kak Long
Sekadar perkongsian dan mengimbas kenangan
Harap tidak bosan membacanya ye...
Peperiksaan akhir tahun darjah 2 Aqilah telahpun berlalu
Tahun depan bermulalah pembelajaran dalam darjah 3

Setiap kali sebelum ujian mahupun peperiksaan,
Kali ni Aqilah tanya...
Ibu kalau Kak Long dapat nombor SATU, DUA, TIGA untuk akhir tahun ibu nak bagi apa 
Lepas tu tiba-tiba dia tambah pulak...takut tak dapat TIGA-TIGA nombor tu kot!
Sampai nombor LIMA LAH ye bu...
Aku senyum dalam hati..
Aku jawab...dapatkan je dulu nombor tu nanti ibu fikir nak bagi apa
Alahh ibu cakaplah nak bagi apa...
Aku diam je dulu...yelah kena jugak fikir...takkan nak janji sembarangan...
Takut tak tertunai pulak nanti kan...

Lepas tu tiba-tiba aku cakap...
Ok...kalau Kak Long dapat nombor...
SATU:  kita naik kapal terbang...(tak pernah bawak dia lagi...dalam Malaysia jelah cdgnya)
DUA:  kita naik keretapi...(dalam kepala aku komuter je lah kot...nak ke mana pulak naik kereta api..)
TIGA:  naik kereta ibu (Aqilah jawab....taknaklah...hari-hari naik kereta ibu pegi sekolah...)
hehehe....tak nak dia...pegi jalan-jalanlah sebenarnya tapi naik kereta :)
***Sebenarnya punyalah lama nak ajak dia naik keretapi. Tak naik2 jugak...tak tahulah bila tu...

Aku cakap EMPAT & LIMA takde apa-apa...
Ehhhhh....dia pulak menambah...
EMPAT & LIMA ibu bagi novel lah ye....
Amboiiiii.....sape yg bagi hadiah nie hehehe...boleh request la pulak...
Tiba-tiba tukar lagi....
Bu...tak jadilah....
Kalau no TIGA kita pegi Ice Skating ye....
Haaa??? Ice Skating? Sorang pun tak reti main...
Aku iyekan jelah....pandai2 lah sampai sana nnt..
Kalau pegilah....

Dengan abahnya lain pulak janjinya....
Amboiii bukan main komplot lagi...
Dua-dua suruh buat janji....
Dengan abah pulak janji kalau dapat markah tinggi..
Tapi aku dah cakap dgn abahnya limit markah untuk dapat hadiah
Kalau tidak, pantang Aqilah pujuk...cairlah abah dia....emmmmm....

Peperiksaan akhir tahun telahpun berlalu....
Aqilah telah mula bawak kertas peperiksaan balik..
Aku tengok seperti biasa..
Pujian dan semangat serta galakkan tetap aku berikan
Alhamdulillah...prestasi yang meningkat aku perhatikan
Aqilah kadang kala takut nak tunjuk kertas peperiksaan pada aku
Walaupun markah tinggi....kalau aku jumpa kecuaian dalam menjawab memang aku tegur (dalam nada tegas tu yang dia risau je hehehe...)
Tegur untuk kebaikan agar tidak berulang...

Jumaat malam seperti biasa Aqilah tuisyen Bahasa Inggeris
Bila balik tiba-tiba bawak hadiah...tak berbalut pun
Dia pilih sendiri...abah dia dah cair hehehe....
Sampai rumah....bu, abah bagi hadiah kat Kak Long....
Hadiah apa kata ku...
Abah kata markah Bahasa Inggeris Kak Long tinggi, jadi abah bagi hadiah
Markahnya melepasi 95%...
Cuma sedikit kelucuan...aku tanya abahnya...abah beli ke...
Dia mintak...dia kata 'Bah...markah BI kak long tinggi....abah taknak beli hadiah ke...'
(Wahhh...best punya ayat kan...hehehe)
Sorang kata abah beli, sorang kata mintak dibelikan...
Pilihan hadiah nya aku pun suka...dia pilih sebuah novel bahasa inggeris
Aku memang tak kisah pun...memang aku pun berhajat nak belikan bahan bacaan
Bekalan di hari cuti nanti :)

InsyaAllah hari Sabtu ni aku dan abahnya akan menunaikan janji
Aqilah tak tahu lagi nie nak bawak dia main Ice Skating...
Bukan apa...kalau beritahu cepat....
Selagi tak pegi...selagi tulah bertanya...
Aku tak larat nak jawab....jadi geram lak nnt hehehe

Yang runsingnya....SAPE YANG RETI MAIN???
Adoiiilahhhh.....hentam jelah labuuuu...hehehehe
Tengoklah nanti hari Sabtu nie ye...
Akan aku kongsikan bersama di sini nanti....


***Ganjaran yang aku berikan kepada anak-anak hanyalah sekadar motivasi dan galakkan.  Namun setiap kali, akan aku ingatkan 'Kak Long....belajar pandai-pandai dan dapat nombor yang cemerlang bukanlah semata-mata untuk mendapat hadiah dari ibu dan abah....tapi ia adalah untuk menjadikan Kak Long seorang yang berjaya nanti di masa hadapan....' Apabila Aqilah mengangguk faham aku lega.....InsyaAllah...

Ibu Bukan Cikgu Kak Long


Salam rakan-rakan blogger
Ingin berkongsi cerita bersama..
Kenangan dolu-dolu hehehe...

Emmm...tajuk di atas hehehe
Senyum dahulu sebab pernah senyum bila anak daraku menyatakan
Geram pun ada... :)
Aqilah namanya..
Sejak Aqilah tadika dia pernah mengatakan begitu
Sekarang berumur 8 tahun

Ceritanya begini
Suatu hari...che wah...mcm cerita Sang Kancil pulak 
Zaman anak ku tadika bermula 5 tahun..
Kadang-kala ada homework cikgu dia bekalkan
Aku semak, kadang-kadang dia bertanya 
Ada suatu ketika aku semak ada jawapan yang salah
Aku pun cakaplah...Kak Long betulkan yang salah nie..
Dia jawab...'Cikgu Kak Long tak suruh betulkan lagi'
Aku kata...'Takpelah tapi ibu dah nampak ni salah..betulkan jelah...'
'Tak boleh...Cikgu tak suruh lagi'... 
Emmmm.....cikgu tak suruh lagi....

Lagi kesnya hehehe...
Anakku buat latihan lagi..
Aku pun tak ingat latihan apa..
Aku semak lagi...Ehh Kak Long salah nie...
Cikgu Kak Long ajar macam ni...(aku tau cikgunya betul..dia yang silap buat)
Salah...aku kata...
Dia jawab...Ibu mana tau...Cikgu Kak Long ajar macam ni...
Adoiii lahh....
Ibu tau lah...Ibu pun Cikgu tau...
Jawabnya...yelah, memanglah Ibu Cikgu tapi Ibu bukan Cikgu kak Long...
Isk..isk..isk....adoi...hehehe aku jugak yang salah...

Begitu jugak kesnya hari-hari yang seterusnya...
Ibu, esok cikgu nak gambar binatang 12 keping untuk belajar Sains..
Kenalah aku cari..print melalui internet...
Esoknya...alamak Kak Long...tak cukuplah ada 10 je ibu dapat...
Tak boleh...kena 12 jugak...jawabnya 
Pagi-pagi sebelum pegi keje...subuh-subuh tu..terpaksalah usahakan lagi...

Satu lagi...yg ni mmg aku tak dapat nak menolong dia...
Subjek Bahasa Arab...memang aku takde basic Arab...
Aqilah tanya aku berkaitan subjek Bahasa Arab...
Ibu tak taulah Kak Long...ibu tak pernah belajar Bahasa Arab..
Ibu kan Cikgu jawabnya...takkan tak tau...
Baginya kalau aku Cikgu aku kena tau semuanya....aduhhhh

Ada juga beberapa kes menindakkan aku sebagai Cikgu kepada anak sendiri hehehe...
Mesti cikgu dia jugak yang betul...
Namun masa berlalu meningkatkan usianya....
Kini Aqilah telah pandai menilai...dan mengakui kepakaran Ibunya jugak hehehe (perasan..)
Bila aku mengajar dia...."A'ah betullah ibu buat...pandai jugak ibu nie..."
Amboiii...ingat ibu dia ni tak pandai ke....hehehe

Aku tiada pengalaman mengajar sekolah rendah...
Aku  mengajar sekolah menengah (tingkatan 4 dan 5 sahaja...)
Memang sama besar dah dengan cikgu..
Macam kawan-kawan je...
Tapi bagi aku pelajar sekolah rendah lebih takut dan taat pada guru-gurunya
Berbanding dengan pelajar sekolah menengah...letih juga kdg berleter hehehe
Tapi bukan semua...namun pelajar-pelajar tetap boleh mendengar kata..
Walaupun kadang kala ada juga yg keras kepala..
Itulah cabaran...
Namun pada aku, selagi aku boleh membimbing aku cuba selagi terdaya...
Yang penting pada aku macam entry semalam..
Aku pantang pelajar BIADAP...
Itulah pesanan aku setiap kali kemasukan pelajar baru yang baru berkenalan dengan aku..

Apapun kita semua adalah guru kepada anak-anak kita kan...
Yang belum ada anak...adalah guru kepada adik-adik...


***Rakan-rakan blogger ada pengalaman begini tak...lucu jugak sesekali difikirkan gelagat anak-anak kecik yang baru memulakan persekolahan... :)