![]() |
| Menjengah di sini... |
Salam rakan-rakan blogger
Jumaat dan Sabtu demam melanda
Hanya di rumah
Ahad badan dah rasa lega semula
Alhamdulillah...
Cik Suami cakap bawak jenjalan
Kasi keluar peluh...Mudah-mudahan sihat sentiasa
Minggu depan dah mula kerja..
Tengah hari Cik Suami ajak keluar untuk lunch
Lagipun memang ada urusan yang perlu dibuat
Aqilah ajak pegi Pizza Hut
Walaupun di hati rindukan nasi :)
Tapi Aqilah pun beberapa hari ni tak sihat juga
Sakit perut...
Jadi untuk memastikan dia nak makan
Kami sekeluarga ke Pizza Hut
Walaupun aku kurang kepuasan hehehe
Rindu nasi :)
Asalkan Aqilah berselera
Darwisy pun suka...
Kebiasaanya Sabtu & Ahad
Cik Suami tak keje..
Jika semua dalam situasi sihat walafiat
Selalu je jalan-jalan cari makan ke
Jalan-jalan cari barang...hehehe
Taklah jauh...kat Bandar Seremban pun jadi :)
![]() |
| Sempat posing dua beradik nie |
Cik Suami cakap dah terperap seharian bawak jalan-jalan... :)
Memang tak masak seharianKeluar ke bandar Seremban
Sebelum makan
Singgah di Parkson sekejap
Kurang 10 minit dari rumah
Sebab perut belum lapar sangat lagi
Nanti nak makan pun tak bersungguh...
Makan pun kena ada kesungguhan :)
Jalan-jalan sekejapDah menyinggah...mesti ada terbekenan
Cik Suami pun offer...
Aku kata dengan Aqilah...
"Kak Long ke sekolah barang semua baru kan...Ibu pun nak beli barang baru jugaklah..." hehehe
Aqilah pun sama jugak memilih barang, anak daralah katakan...
Alih-alih dia yang dapat sepasang kasut...
"Ni kasut Kak Long nak pegi jalan-jalan.." katanya.
Yang bestnya Aqilah pegi pilih dengan abahnya sementara aku memilih handbag...
Emmmm.....dah boleh dah shopping dengan abahnya...
Akupun dapatlah satu handbag dan Aqilah sepasang kasut..
Asalnya akupun nak dapatkan juga sepasang kasut
Aku ni bersaiz 4...selalu je out of stock
Sebab saiz 4 biasanya tak banyak stock kata salesman tuSelalu gitulah....isk..isk..isk...
Bila dah berkenan saiz takde pulak
Takde rezeki...
![]() |
| Cik Suami nak cari tali pinggang |
Cik Suami nak cari tali pinggang
Dapatlah satu..Takdelah ronda sangat
Sementara nak tunggu perut lapar
![]() |
| Nilah puzzle Darwisy...hepi sangat dia dapat puzzle nie |
Darwisy tak pandai sangat meminta...
Aku pulak rasa kesian kalau takde apa-apa untuk dia
Bawa Darwisy ke bahagian mainan
Kalau dia nak pilih apa-apaRonda-ronda macam tak berkenan je dia
Tunjuk dengan Darwisy puzzle...
Nampaknya Darwisy berminat
Ambiklah satu...
Jadi semua orang dapat satu barang @ Parkson
Balik je rumah...
Macam biasalah Kak Long cuba lagi kasutnya :)
Adik sibuk suruh buka puzzle...
Terus je buat dengan Kak LongWalaupun adik tak pandai sangat lagi
Kak Long yang lebih buat...
![]() |
| Excited dengan Jigsaw Puzzle baru |
Berjayalah dua beradik ni menyiapkan puzzle nya..
Puzzle simple untuk umur-umur Darwisy yang baru-baru nak belajarPuzzle nya pun besar-besar
Ada 24 pieces je...
![]() |
| Nilah hasilnya... |
Dengan bantuan Kak Long tak sampai 10 minit siap hehehe
Kalau Darwisy buat sorang lamalah kot...
Pagi-pagi nie Darwisy cuba lagi
Benda baru kan...bersemangat!
Aku bantu sikit-sikit...Boleh juga dia buat
Nanti aku nak suruh dia cuba buat sendiri pulak..
***Masa balik dari Kajang tu malam..ikut Lebuhraya LEKAS...malam tu terus je demam...ubat dah makan, kebah sekejap menggigil balik...ADA KEMUNGKINAN KE DEMAM SEBAB LAIN...





