![]() |
| [Sumbangan Google] |
Salam rakan-rakan blogger...
Tiba-tiba nak berkongsi tajuk di atas...
Jumaat malam baru-baru nie aku menerima mesej..
Mulanya tak tahu daripada siapa..
Mesejnya berbunyi..."Salam, Aqilah...awak tengah buat apa?"
Hairan juga mulanya...
Aku balas semula..."Wslm...maaf ye, boleh tahu siapa di sana?"
"Saya Puteri Balqis, kawan Aqilah..." balasnya.
Oooo.....dalam hati aku. Aqilah selalu sebut nama kawannya ni. Diapun pernah menunjukkan padaku yang mana Puteri Balqis semasa ke sekolahnya..
Puteri Balqis ni Top 1 untuk keseluruhan Tahun 2 di sekolahnya..
Memang top juga budaknya....
Kalau majlis anugerah boleh dikatakan banyak jugak subjek 'disapunya'.... :)
Aqilah pernah beritahu sebelum cuti akhir tahun...
"Bu, ni nombor telefon Puteri Balqis dan Kak Long pun ada bagi nombor telefon ibu kat dia...."
Aku pernah jawab kat Aqilah..."Ibu nak buat apa nombor kawan Kak Long ni?"
"Alah, ibu simpan jelah..."
Tapi aku tak savepun nombor tu...sebab Aqilah ada beri kertas kecik je masa tu...tak teringat nak save..
Akupun terus save nombor kawannya semasa sesi bermesej-mesej...
Mesej berbunyi lagi..."Aqilah, awak dah beli buku ke...?"
Akulah tukang jawabnya...sebab aku memang tak pernah bagi Aqilah menggunakan handphone aku. Main game pun tak pernah..
Akupun jawablah persoalan-persoalan bagi pihak Aqilah... :)
Lepas tu berbunyi lagi...."Boleh tak saya bermesej dengan Aqilah?"
Takkan aku pulak nak bermesej kan hehehe...
Aqilah pun tak reti bermesej....tak pernah langsung...
Sudahnya aku call je, suruh Aqilah bercakap dengan kawannya...
Curi-curi dengar jugak hehehe
Apalah budak-budak punya topik kan?
Adalah dengar sikit-sikit :)
Pasal beli buku, naik sekolah nanti nak terus pakai baju biru ke... (kebetulannya kedua-duanya jadi pengawas tahun depan)
Aku dengan abahnya sama-sama jgk curi dengar....hehehe
Tak sampai pun 5 minit bercakap.... :)
Lepas tu aku pun naik ke atas...
Tiba-tiba Aqilah naik...
"Ibuuuu......"
"Apa?" Jawabku....(Adalah tu....dalam hati aku...)
Lama jugak baru dia nak sambung...diapun kenal aku ni macam mana hehehe
"Boleh tak ibu bagi telefon ibu tu kat Kak Long....Ibu beli baru."
Amboi....hehehe....best je bunyi...
"Kenapa pulak...." jawab aku...
"Puteri Balqis ada telefon, nanti senang Kak Long nak bermesej..." jawabnya.
Emmmmm....baru nak masuk darjah 3 tahun depan....bukan main advanced budak2 sekarang kan...
Tapi Aqilah memang tak pernah berpeluang main game kat telefon aku..
Biasanya dia dapat pegang lama pun telefon Mak Su dia...
"Boleh tak bu....?" tanyanya lagi...
Aku bagi jawapan....dalam nada tegas (aku ni memang tegas sikit...sebab tu kadang-kadang dia suka berunding dengan abah dia. Tapi abahnya pulak saje je...tanya ibu hehehe)
Jawapanku... " Tak boleh...ibu takkan bagi Kak Long telefon selagi tak lepas tingkatan 5."
"Lambatnya bu..." balasnya...
"Kak Long belum memerlukan telefon lagi. Kalau Kak Long nak bermesej atau telefon boleh guna telefon ibu..." jawabku lagi.
Itu perancangan aku...
Akan cuba tidak memberikannya telefon sehingga tamat tingkatan 5
Tapi tak tahu keadaan akan datang bagaimana...
Sebab aku bimbang pendedahan yang terlalu awal melekakan..
Walaupun sepupu-sepupu aku yang masih bersekolah telah menggunakan handphone, pelajar-pelajarku sendiri pun begitu....
Tapi ada pro dan kontranya kan...
Bergantung kepada mereka sendiri untuk membataskan diri dalam penggunaan kemudahan tersebut...
Rakan-rakan blogger sekalian bagaimana?
Jom kita kongsi pendapat....
***Emmm....entry untuk JANJI TERTUNAI PART 2 belum sempat lagi untuk dikongsi untuk tatapan...tunggu ye..







