![]() |
| Telur rebus, pot pouri, gelas...t.kasih pihak pengantin :) |
Semoga rakan-rakan blogger semua dah menikmati hidangan tengah hari ye..
Sabtu baru-baru ni aku ke Melaka..
Menghadiri majlis perkahwinan rakan sekerja
Bertempat di Durian Tunggal...Sampai agak lewat namun pengantin tengah berposing di pelamin...
Tak sempatlah nak menepung tawar...
Apapun dapatla tengok pengantin berposing...
Oppss...nak mengupas tajuk di atas hehehe...
Che wah...iye-iye je...
Dengan peredaran zaman, berlaku juga perubahan kan...
Dulu (mungkin zaman sekolah rendah aku...) kalau ke kenduri kahwin,
Mesti dapat bunga telur, takpun telur rebus tanpa bunga...
Maksudnya ada tu dibungkus dengan tisu je..Kadang-kadang tu di stapler dalam bungkusan yang agak cantik...
Mungkin rakan-rakan blogger juga mengalami perkara yang sama kan?
Namun kini di zaman moden...cenderahati dari pihak pengantin..
Pelbagai rupa dan bentuk serta cantikkkkk....
Seperti gambar yang aku snap di atas...berbeza dah dengan dulu kan...Ada yang dapat cawan comel untuk hiasan, cawan untuk minum pun ada,
Tuala yang dihias cantik,
Untuk budak-budak pulak ada gula-gula, lolipop....dan macam-macamSeronok budak-budak sekarang kalau ke majlis perkahwinan...
Bunga telur masih ada yang mengekalkan dan ada juga yang diganti dengan cenderahati yang aku kongsikan tadi...
Tapi yang pasti bunga pahar masih ada di pelamin...
Itulah perubahan dari masa ke semasa...Kita seronok juga melihat perubahan tersebut...
Kalau zaman anak aku nanti....
Emmmm....mungkin macam-macam pula barangan baru ye...Aku pernah tanya orang yang lebih tua...
Kenapa kebiasaan pihak tuan rumah bagi bunga telur?
Ada tak sebab-sebab tertentu? Antara jawapan yang aku dapat...
Kiasannya ialah agar pasangan pengantin baru bakal mempunyai zuriat yang ramai..
Maksudnya biar berkembang keluarganya... Ibarat bila ayam bertelur sekali banyak..
Itu pendapat orang tua-tua...Mungkin ada rasionalnya juga kot ye...
***Rakan-rakan blogger yang lain ada jawapan lain tak untuk kita kongsi...
Jom beri pendapat... :)
