Tuesday, November 30, 2010

Seronok Ke Jadi Cikgu?

[Gambar Ihsan Google]

Salam semua...
Tiba-tiba teringat pelajar-pelajarku,
Maklumlah sekarang cuti sekolah,
Namun kini pelajar-pelajarku berperang dengan SPM
Semoga anak didikku berjaya dengan cemerlang
Aminnnn....

Pelajar-pelajar aku pernah bertanya
Seronok ke jadi cikgu
Mungkin bila mereka tengok aku...
Melaksanakan pengajaran
Mengawal kelas
Mengawal pelajar kadang-kala tak dengar kata
Bersabar dengan kerenah mereka
Aku senyum sebelum memberi jawapan....

Aku memberi jawapan
Cikgu seronok mengajar kamu
Bila kamu mendengar kata dan buat apa yang cikgu suruh
Cikgu tak marah kalau kamu tak pandai
Cuma satu je yang cikgu tak suka 
Iaitu jangan biadap...dengan sesiapapun
Ye...aku tak kisah kalau mereka kurang pandai
Lambat dapat apa yang aku ajar
Masih boleh diajar dan dibimbing
Tapi aku memang tak boleh jika ada pelajar yang biadap...
Bak kata orang, 'memang pantang'...
Cikgu boleh menjadi kawan, gelak ketawa sama-sama
Tapi dalam kelas...
Kamu kena fokus, buat semua latihan dan hantar bila diarahkan

Memang seronok jadi Cikgu,
Bila ada yang telah berjaya
Bila ada yang sentiasa mengingati kita
Kad kahwin setiap tahun tiba dari bekas-bekas pelajar
Tanda ingatan mereka....hati bangga, kita tak dilupakan
Ada yang menyatakan rindu kat kita
Ada juga jumpa di shopping kompleks
Dengan suami dan anak-anak mereka
Banyak lagi keseronokannya bila dikenang-kenangkan...

***InsyaAllah Cikgu akan curahkan ilmu seikhlasnya untuk melihat kamu semua berjaya...

9 comments:

hamzah ian said...

bagus juga jadi cikgu eh..

sarah-najwan said...

i love to be a teacher.....

Sephi Sephia said...

salam

ya, kak.
hanya seorang guru benar-benar memahami perasaan guru. Dulu saya hanya faham tapi sekarang saya mengerti.

~ yus ~ said...

salam ziarah dan salam kenal..:)

Saya rasa coretan ini benar2 dari seorang guru yg bertanggungjawab dan prihatin. Teruskan.

n.hasleena said...

HAMZAH:Keseronokan amat dirasakan bila pelajar didikan kita berjaya dan menjadi orang berguna...
InsyaAllah...

KAK SARAH: Me too... :)

SEPHI: Ye Sephi...tak semua yang mengerti jika tak melalui...

YUS: InsyaAllah Yus...T.kasih

honeyvsbee said...

huhu ini lah perasaan cikgu kita dedulu

n.hasleena said...

BEE: Ye Bee...dah melalui baru mengerti..

MIZZ JAJA said...

cikgu t0 be..sy bngga mjd pendidik!..dl mmg xminat jd cikgu..bl kena g bt r0s kt sk0lah y agak bmasalah perasaan trus berubah!..rs xsabar nk mengajar..sedih tgk bdk2 y xtahu menulis n mmbaca dgn btl wp0n dh F5!!..tdetik dlm ati..tht y i b0rn t0 be a teacher!..rupanya ada insan y memerlukn khdmat se0rg guru..:-)..xsabar nk hbs blaja n ngajar..

n.hasleena said...

MIZZ JAJA: Tahniah ye bakal menjadi pendidik.. Ye, pelajar2 begini memerlukan kita.. InsyaAllah dengan keikhlasan sepenuh hati Allah akan permudahkan kita membantu mereka...Selamat Datang Ke Dunia Perguruan... :)