Saturday, November 27, 2010

Serik Aku Ke HOSPITAL Ni!!!!

Setelah Doctor berjaya memasang tiub di tangan
Tadi membelek-belek telefon...tgok gambar2 lama.  Tertengok balik gambar semasa anak aku dimasukkan ke hospital....Cerita nie dah lama Mei 2010.  Tapi kenangannya takkan ku lupakan sampai bila2. 
Tiba2 suatu pagi aku perasan pipi anakku bengkak.  Mcm kelenjar....mgkn beguk sangkaanku.  Aku telefon mak tanya...mak cakap mgkn beguk.  Mak suruh aku letak nila dan cuka.  Takde pengalaman dalam penyakit beguk nie.
Aku ke klinik pakar kanak2...doktor cakap kena warded sbb kena masukkan antibiotik yang berterusan.  Kalau makan lambat doktor cakap.  Aku berhajat ke KPJ, doktor ckp takut penuh.  Tapi dia kata apapun kena masuk ward hari ni jugak.  Aku mula risau...jadi aku ambil keputusan ke hospital pakar satu lagi dgn harapan boleh terus masuk wad.  First time ke hospital nie.
Sampai je proses pendaftaran macam biasa.  Pastu ke klinik doktor pakar kanak2 tu.  MENUNGGU!!! Aku dah semacam dah rasa....
Bukan apa, surat doktor dah dapat. KENA WARDED! Tapi masih kena tunggu giliran jumpa doktor.  Anak aku badan pun dah demam...dah letih badan dia. Nak menunggu lagi.....bukannkah patutnya TERUS MASUK WAD! Then boleh je doctor ke wad kan...Akhirnya sampai giliran...Masuk jumpa doktor.  Then masuk wad...doktor cakap kena masuk antibiotik.  Susah hati dah aku....sah..sah...MENJERIT satu hospital nak cucuk tangannya tu.  Aku mmg tak berani tgok..tak sampai hati.  Hubby aku yg pegang...satu hospital dengar jeritan dia...Antibiotik kena habiskan 5 hari kalau tak silap aku.  Bermakna kena BERKAMPUNG kat hospital lah...Takpe demi anakku..Beberapa hari berlalu..Aku masih ingat lagi..aku buat GILIRAN dgn hubby jaga anak...sbb CUTI TAHUNAN pun tak banyak..HARI JUMAAT..mujur aku balik sekolah awal Jumaat pukul 12.15..aku terus ke hospital menjenguk anakku.  Mula2 AKU TAK SEDAR....anakku gembira mcm biasa.  Aku membelek tangannya...Aku rasa hairan JARI2 ANAKKU SEPERTI MEMBENGKAK!! 2 KALI GANDA DARI ASAL...LENGAN DAH KEMBUNG..KUKU BIRU!!!Kesiannya Darwisy....Apalah yang dia tahu... Aku apalagi....Aku panggil nurse.."Kenapa jadi macam  nie?"  Nurse kelam kabut buka balutan...Itupun takut2 anak aku menangis...Aku mmg PANAS dgn keadaan mcm ni.  Masih lagi terhegeh2 nak buka balutan..Budak menangis normallah...Aku pulak yg tolong sama2.  Aku risau...KUKU DAH BIRU bermakna PENGALIRAN OKSIGEN TERSEKAT! Aku ckp dgn nurse AKU NAK JUMPA DOKTOR.   Aku ke bilik doktor...tunggu lagi...ada patient.  Hati aku marah campur sedih.  KALAU AKU TAK DATANG JENGUK ANAK AKU TADI???SAPE PERASAN???NURSE TAK PANTAU TANGAN ANAK AKU KE???Aku jumpa doktor tu..Hati aku ni bercampur baur. Marah...Sedih..Terkilan...semua ada.  Aku ringkaskan ye...Aku sound direct doktor tapi masih berbudi bahasa.  Aku nyatakan ketidapuasan hati dan kekesalan aku dgn apa yg berlaku. Buat pengetahua kengkawan semua...sepanjang anak aku kat sana, tak pernah sekali balutan kat tangan ditukar..Aku terus je cakap kat doktor tu:  MMG AKU MENYESAL ADMITTED KAT HOSPITAL NIE. NILAH FIRST & LAST...Satu lagi masa kat sana ada NURSE LELAKI.. Oklah takde masalah....YANG BUAT AKU MARAH...ada sekali masa dia bertugas...masa bagi ubat...anak aku DEMAM jugak...ON & OFF. Kekdg sampai menggigil...boleh aku pulak tekan loceng panggil dia bagi ubat...TAK PEKA!!! Tapi bukan sume nurse lah...masa aku panggil tu MUKA BANGUN TIDO.  Ishhhh....mcm mana bertugas nie??????   Mmg aku dah decide akan keluarkan anak aku dari hospital nie dan SERIK AKU KE HOSPITAL NI!!!MGKN TAKKAN KU JEJAKI LAGI...
Pipi yang bengkak sebelah KIRI

Selepas dibedah...
Kesian tgok gambar anak aku nie....ingat mcm mana dia kat hospital....Akhirnya aku mintak keluar hospital.  Siap dia suruh aku isi surat...APA2 BERLAKU TANGGUNGJAWAB SENDIRI...sbb keluar blm masanya...Aku ambil ubat antibiotik bg makan kat rumah je.  Then aku follow up balik kat klinik pakar yg sebelum tu.  Doc tu cakap kat kelenjar air liur anak aku dah ada nanah.  Kena buang (bermakna kena OPERATE).  Dia suggest aku sorang Pakar Bedah kat KPJ.  Haritu jgk admitted...doctor ckp esok pagi operate.  Kesiannya anak aku kecik2 dah kena operate...Tapi mmg itu solution utk kebaikan...Pagi2 esoknya pukul 7 aku tukarkan baju bedah (mcm dalam gambar tu..) dan bawak ke bilik operation.  Air mata aku mengalir dgn sendirinya....Darwisy tak menangis pun ke dewan bedah.  Seolah2 tau apa yg akan berlaku....abahnya teman Darwisy utk proses bius....Aku tidak putus2 berdoa agar semuanya berjalan lancar.  Walaupun minor operation...namun kerisauan tetap bersarang di dada...
15 minit selepas itu...doktor keluar dari dewan bedah....'Puan dah selesai....'  ALHAMDULILLAH....
Darwisy menangis...mungkin ubat bius dah hilang dan sakit mula terasa...Keesokkan harinya satu lagi SENGSARA....CUCI LUKA...ADUHHHHH....aku dah terasa sakitnya.  Mmg Darwisy menangis...abahnya yg antar.  AKU TAK BERANI....Setelah selsesai cuci luka doktor membenarkan Darwisy pulang.  Setelah semuanya selesai akhirnya Darwisy mula tersenyum mgkn rasa sakit mulai berkurangan setelah sehari berlalu..Rawatan seterusnya dibuat di rumah (cuci luka) dan follow up yang terakhir seminggu selepas itu... dan pembalut sudah boleh dibuka kerana menurut doktor luka tersebut akan bertaup semula.
Anakku sihat seperti sediakala....dan aku gembira gelak ketawanya hadir semula....

***Kengkawan semua, mgkn panjang ceritaku ini...namun itulah yang tersirat di hati yg sukar dibuang kenangan sebegini.  Sekadar berkongsi pengalaman dan cerita...terima kasih bagi yg sudi membaca...

6 comments:

sarah-najwan said...

mmg sedih jika berlaku begini
berat mata yg tgk
berat lgi bahu yg pikul

skrg darwisy dah ok kan?..
alhamdulilah..

n.hasleena said...

alhamdulillah dah ok...tapi kak masa berlaku tu sy mmg terkilan yg amat sangat. bkn apa...sy terus teringat tangan budak yg kena gangrane tu. last2 kena potong tangannya...akibat kecuaian. Yang menanggung budak dan parents...

Cempakamelati said...

Kesiannya Darwisy...tah apa-apa dokter ngan nurse tu...cam tak de pengalaman jer..dah tu servis tah paper....nak marah gak ni..

n.hasleena said...

cempaka: betul tu cempaka...sy mmg marah betul. dahlah budak kecik...budak tak tau cakap2 apa. sy tak dapat bayangkan kalau sy datang lambat.. Bila keluar wad sampai tak cukup kertas saya komen..

Unknown said...

Kesiannya Darwisy. Hospital mana ni Leena. Diorang ni pun buat keje macam mana lah. Deal dengan patient ni mana boleh buat main-main kan. Melibatkan nyawa tu, Yus yang baca pun hati panas.

n.hasleena said...

YUS: hospital kat tempat saya Yus..
mmg sy marah betul dgn layanan sebegitu. mcm Yus kata..melibatkan nyawa. Itu jgk yg saya katakan pada doktor. Kalau dah berlaku apa2, paling tidak pihak hospital boleh minta maaf. Yang menanggungnya kita...