Tuesday, November 30, 2010

Saya Follow Juga...Ikhlas Ke?



[Sumbangan Google]
Ikhlaskah Aku ?

Salam dan selamat pagi...
Sebelum  ini sememangnya diriku tidak aktif dalam dunia blog
Blog ni dihasilkan oleh suamiku
Aku melihatnya sahaja
Tanpa menjadi pengunjung setia
Datang ke dalamnya ikut suka

Tapi tiba-tiba seorang blogger menjengah
Kak sarah-najwan sudi menjadi guruku
Katanya dunia blogger menghiburkan
Banyak rakan dan banyak ilmu yang dikongsi
Setiap hari beliaulah pengunjung setiaku
Tidak pernah ketinggalan mengisi komen2
Sebagai pembakar semangatku
Sampai malam tadi tetap membimbing aku
Boleh dikatakan setiap hari chatting melalui FB 
Yang pastinya tidak lari memberi ilmu2 berguna
Terima kasih tak terhingga kak... 
sarah-najwan itulah gerangannya

Kini Follower semakin bertambah
Begitu juga dengan kunjungan daripada rakan2 blogger
Hatiku berbunga riang kerana dapat menjalinkan ukhuwah
Sesama kita...
Terima Kasih semua atas perkongsian
Dengan entry2 yang amat memberangsangkan

Aku turut menjadi follower kepada rakan2 blogger
Namun dalam hati bersarang kerisauan...
Bolehkah aku ikut semuanya dengan ikhlas??
Ibarat seseorang jejaka memberi ros putih kepada si dara
Yang ibaratnya memberi erti...
Rasa cinta yang suci dan sejati

Mampukah aku menjejaki semua...
Pada aku...bila menjadi follower,
Aku akan follow entry2 mereka..
Kalau tidak aku rasa seolah menipu mereka
Juga diriku sendiri
Aku turut ingin perkongsianku dibaca
Dengan niat untuk berkongsi bersama
Bukan singgahan semata-mata
Itu juga yang akan ku cuba laksana

Rakan2 blogger sekalian
InsyaAllah...akan ku cuba menjejaki
Walaupun seketika..
Kerana...
Tiada ruginya...
Entry2 kalian memberi banyak perkongsian
Kepada aku yang baru mengenali dunia ini
Paparan perkongsian kalian memikat hatiku
Yang baik akan sentias aku teladani...

Sampai di sini dahulu 
Coretan ikhlas Ibu Darwisy & Aqilah
Semoga ikatan yang terjalin sesama kita
Rakan-rakan Blogger...
Dirahmati Allah
Bila perkongsian ilmu2 berguna
Dijadikan iktibar oleh rakan2 blogger kita

Yang Baik Dijadikan Teladan...
Yang Buruk Dijadikan Sempadan..

Dunia blogger telah memikat hatiku


12 comments:

gnesop said...

biasanya sop akan baca senarai entry follower melalui desktop blogger..

n.hasleena said...

tq sop...sy mak budak baru belajar :)

Suara Kalbu said...

Salam ukhwah,

Bersetuju dengan cara sop di atas.

Susah juga kalau nak baca ke semua entry blog yang kita follow especially sudah ratusan atau ribuan blog kita follow. Memang kena ambil masa untuk baca dan koman ataupun sekadar jadi pembaca senyap. Tapi selalunya entry dengan tajuk yang menarik pasti akan diklik untuk dibaca

sarah-najwan said...

ala...terharu akak weh..

bab yg kita folo tu..senang citer..awak masa sign in ada kat dashboard seme update blog yg kita folo...

akak terjah dr stu je jika mereka ada n3 yg menarik..jika nk letak seme blog yg folo dlm blog list kita..alamak aihhh..berat nk loading nati...huhu..

hepi2 bloging deh..dunia blog menjanjikan sesuatu yg menarik jika bijak mengexplorenya..
sama2 kita belajar sb akak pom msih belajar jugak..

n.hasleena said...

SUARA KALBU:tq ye..setakat ni cuba menjejaki entry2 rakan maya :)

KAK SARAH:ye kak...sy buat gitu gak. tgok latest en3 blogger2.tq again :)

nazirulhazwan~ said...

kak sarah mmg best:P hehe
kes x nmpk singgahan??hehe hari biase sis sy biasenyer melawat blogger yg tgk blogwalking jer sis, sbb sy tgh keje, td x smpt jgk kt dashboard:P sowi.hehe

n.hasleena said...

NAZ: disowikan hehehe
akak berpeluh gak dah g blokwalking...
tak nampak ek :)

Anonymous said...

Salam

Ya, adakala saya menerima bloggers berkata begitu dan adakalanya saya sendiri berkata begitu. Terpulang kepada hati masing-masing. Saya sukakan kejujuran, maka, saya follow dengan ikhlas jika benar saya suka.

Terima kasih sudi singgah dan meninggalkan komen di blog saya, kak ^_^

Solihin Zubir said...

akak sarah najwan tu mmg besh! dia salu komen entry sy.. hehehe...

n.hasleena said...

SOLIHIN: Ye...mgkn inilah antara keindahan dunia blogger..

Bee said...

kak sarah meme baikkk..bee pun memulo kenai kak sarah jugak huhuhu..meme tk dapat nk follow semua dlm satu hari tapi buat jer pelan2 asalkn ikhlassss..

n.hasleena said...

BEE: Ye Bee...seronok jumpa kawan2 maya. Walaupun tak mengenali tapi terasa ada jalinan keakraban lama kelamaaan... :)