Wednesday, January 05, 2011

Minggu Yang Sibuk

Salam rakan-rakan blogger
Masa menaip ni mata teramatlah beratnya...
Minggu pertama sekolah
Minggu yang agak sibuk
Penat mental dan sekaligus fizikal pun keletihan
Hari ni pun balik pukul 5.00 petang
Walaupun cikgu, balik dah sama macam keje pejabat huhu

Tak berkesempatan untuk BW
Menjengah rakan-rakan semua
InsyaAllah akan mencuri ruang bila kelapangan
Rindu nak baca entry rakan-rakan semua...

Biasanya stayback kat sekolah menyiapkan kerja-kerja
Sebab bila dah balik keletihan je...
Jadi bawak keje balik rumah kadang-kadang tak terbuat
Beberapa hari ni memang balik petang
Lepas tu baru ambik anak-anak dari rumah pengasuh
Sampai rumah...aduhhhh keletihan...
Kadang-kadang sambil duduk boleh terlelap hehehe 


Adoiiii....beratnya lah mata...
Mengundur diri dulu ye
InsyaAllah bertemu lagi di alam maya...

***Rindunya nak BW dan baca entry...namun apakan daya, mata tak terdaya huhuhu...

Monday, January 03, 2011

Hari Pertama Aqilah dan Ibu

Kak Long dengan penampilan baru berbaju biru..
Salam rakan-rakan blogger semua...
Baru berkesempatan menjengah
Hari pertama persekolahan hari ni...
Agak sibuk dengan pelbagai urusan
Sebagai guru kelas
Mengutip yuran, menguruskan kelas, menerima kedatangan pelajar baru dan macam-macamlah kiranya hehehe...


Hari ni juga hari pertama Aqilah berbaju biru
Semangat yang berbeza tahun nie 
Dengan jawatan baru yang dipegang 
Sebagai pengawas
Pada malam harinya beriye-iye suruh kejut pagi
Takut terlambat..
Pengawas lah katakan...:)
"Nanti kejut Kak Long 5.30 ye bu..."
"Cikgu cakap pengawas tak boleh lambat.."  tambahnya lagi
Amboi awalnya dalam hati aku...
Aku iyekan aje...
Kebiasaannya aku dan Cik Suami pukul 5.00 pagi dah bangun
Cik Suami pun turut merasai hari pertama persekolahan
Cik Suami bercuti hari ni
Menghantar Aqilah
Kebiasaannya Cik Suami bercuti untuk hari pertama persekolahan
Bersemangat juga kot :)

Disebabkan Cik Suami bercuti
Cik Suami yang menjemput Aqilah
Kebiasaannya aku yang mengambil Aqilah
Sebab Cik Suami berkerja di Nilai

Disebabkan Cik Suami bercuti
Balik sekolah aku keluar bersama untuk beberapa urusan 
Aqilah Cik Suami hantar ke rumah pengasuh
Tempat Darwisy dijaga 
Petang baru ambik Aqilah dan Darwisy
Belum sempat sampai rumah
Dalam perjalanan je...
"Bu...tadi Kak Long bertugas di perhimpunan...
"Lepas tu Kak Long jaga kelas 3 Zuhrah masuk ke kelas...
"Cikgu cakap tempoh percubaan pengawas kalau Kak Long datang lambat ke, tak berdisiplin ke, jawatan kena tarik.... 
Kata Aqilah...
Hari pertama persekolahan Ibu juga hehehe
 Aku pun menambah...
"Betullah tu...sebagai pengawas mesti menjadi contoh...
"Kalau Kak Long belajar merosot, ibu sendiri akan jumpa cikgu suruh lucutkan jawatan pengawas..
Bolehlah dikatakan sebagai amaran juga...hehehe
Sebab memang aku taknak dengan title pengawas menyebabkan pelajaran merosot...
Aku memahami bila sudah memegang jawatan pengawas adanya tugasan tambahan yang perlu dilaksanakan
Kadang-kadang akan mengganggu sedikit sebanyak...
Tapi yang pasti pengurusan masa yang baik tidak akan menjejaskan pelajaran...
Itu yang aku harapkan...
Agar Aqilah pandai menguruskan masa

***Apapun aku berharap dengan jawatan yang dipegang oleh Aqilah akan lebih mendisiplinkan dirinya baik dari segi akademik dan juga sahsiah...
 

Saturday, January 01, 2011

Tahun Baru Aqilah

Salam rakan-rakan semua...
Harap belum terlambat lagi ye untuk mengucapkan 
Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua kenalan mayaku...
Semoga tahun baru kali ini
Sentiasa kita dilimpahi dengan kesejahteraan hidup
Kurniaan Allah s.w.t
Menjadi insan yang lebih gemilang 
InsyaAllah...

Emmm....tajuk di atas....
Aqilah semakin bersemangat untuk ke sekolah
Mudah-mudahan semangat ini tidak luntur sampai bila-bila
Buku-bukunya baru je malam tadi selesai aku balut 
Last minute juga :)
Tuliskan nama di buku tulisnya
Katanya nak sediakan peralatan sekolah malam ini
Yelah...jawabku...


Aqilah semasa darjah 2 Utarid 2010
Aqilah masuk darjah 3 tahun ni
Gambar di atas kenangan semasa Aqilah darjah 2
Cepatnya masa berlalu...
Cabaran yang hebat untuk pelajar-pelajar masa kini
Satu kelas tak kurang dari 40 pelajar
Bersaing antara satu sama lain...
Persaingan sihat untuk berjaya
Aku harap Aqilah mampu untuk bersaing
Serta berjaya dalam pelajaran dan kehidupan
InsyaAllah....


***Sehari lagi bermulanya rutin harian seperti biasa...akan cuba mencuri masa untuk melawati blog :)

Friday, December 31, 2010

Menjenguk Sebentar

Salam semua...
Saya agak sibuk hari ini
Beberapa perkara yang harus diselesaikan
Dah tengah malam kini
Menjenguk sebentar
Minta maaf juga kepada rakan-rakan blogger semua
Tidak sempat untuk BW dan juga membaca entry 
Rakan-rakan blogger semua...
InsyaAllah saya akan kunjungi nanti ye

Pagi besok mesyuarat pertama di sekolah
Bermulalah tugasan menjelang tahun baru
Mengundur diri dulu ye
InsyaAllah kita ketemu nanti...


***Hati tetap ingin mencuri masa untuk BW dan baca entry...saya akan hadir nanti ye :)



Wednesday, December 29, 2010

Cup Cakes Class

Inilah hasil cupcakesnya....:)

Salam semua...
Lama rasanya tidak bersiaran
Ada beberapa urusan yang harus diselesaikan
Serta tidak berada di rumah...
Jadi minta maaf sekali lagi
Tidak mengunjungi rakan-rakan semua ye


Tengah menyukat cake nya...

Kelas cupcakesnya dah berlangsung hampir seminggu
Barulah hari ni sempat untuk dikongsikan bersama
Aku belajar pada hari Khamis minggu lepas
Selalu pegang kapur dan marker pen
Ni pegang piping beg..hehehe
Sebelum ni aku memang kurang berminat nak buat kuih atau yang sewaktu dengannya yang menggunakan Oven hehehe
Sebabnya aku kurang berminat dengan benda-benda panas nie
Tapi sekarang minat semakin bercambah
Sebelum ni aku sertai kelas Tartlets


Yang nie kek sebelum dimasak

Ok..stepnya lebih kurang ginilah
Nak buat tutorial tak pandai hehehe
Belum praktik kan lagi :)
Nanti salah ajaran...
Masa kat kelas tu mula-mula belajar buat cake nya dulu
Pelbagai flavour
Yang kat atas tu ada vanila, pandan, rose dan cofee
Lepas tu disukat dan ditimbang dalam paper cupnya
Masa buat ni 30g setiap cup tu
Dimasak..dan barulah dihias dengan krim
Menghias nielah kena kreatif dan 'lembut tangan'
Bukannya 'keras tangan' hehehe...
Jadilah kenalah aku melembutkan tangan :D

Maknanya kalau dah ada basic buat kek lagilah mudah
Cuma kek ni kita masukkan dalam paper cup
Nak cantik kita hiaskan dia..
Cuma menghias tulah kita kena kreatif...


Sebelum hias kena sapu krim dulu camni...
Barulah dihias..
Tapi sebelum cupcakes tu dihias
Haruslah disapu dengan krim terlebih dahulu
Macam dalam gambar tu
Lepas tu barulah kita hias ikut suka kita hehehe
Masa belajar ni diajar juga dengan hiasan fondant
Yang ada gambar baby tu kan...guna hiasan fondant
Tapi lecehlah sikit nak bentuk gambar
Leceh banyak kot hehehe
Kena kreatif macam anak-anak kita
Main plastesin (betul ke aku tulis tu hehehe...)
Jarak dekat sikit hehehe..
 ***Memang cantik tapi aku kurang sikit dengan krim kek nie.  Makan sikit-sikit bolehlah...tapi macam cupcakes ni banyak juga krimnya...
(Signature bawah tu baru try heee...budak baru belajarlah katakan..)

Monday, December 27, 2010

Mudah-mudahan Sihat Sentiasa

Menjengah di sini...

Salam rakan-rakan blogger
Jumaat dan Sabtu demam melanda
Hanya di rumah
Ahad badan dah rasa lega semula

Alhamdulillah...
Cik Suami cakap bawak jenjalan
Kasi keluar peluh...
Mudah-mudahan sihat sentiasa
Minggu depan dah mula kerja..

Tengah hari Cik Suami ajak keluar untuk lunch
Lagipun memang ada urusan yang perlu dibuat 
Aqilah ajak pegi Pizza Hut
Walaupun di hati rindukan nasi :)
Tapi Aqilah pun beberapa hari ni tak sihat juga
Sakit perut...
Jadi untuk memastikan dia nak makan
Kami sekeluarga ke Pizza Hut
Walaupun aku kurang kepuasan hehehe
Rindu nasi :)
Asalkan Aqilah berselera
Darwisy pun suka...

Kebiasaanya Sabtu & Ahad
Cik Suami tak keje..
Jika semua dalam situasi sihat walafiat
Selalu je jalan-jalan cari makan ke
Jalan-jalan cari barang...hehehe
Taklah jauh...kat Bandar Seremban pun jadi :)

Sempat posing dua beradik nie
Menjelang malam keluar untuk makan malam
Cik Suami cakap dah terperap seharian bawak jalan-jalan... :)
Memang tak masak seharian
Keluar ke bandar Seremban
Sebelum makan
Singgah di Parkson sekejap
Kurang 10 minit dari rumah
Sebab perut belum lapar sangat lagi
Nanti nak makan pun tak bersungguh...
Makan pun kena ada kesungguhan :)
Jalan-jalan sekejap
Dah menyinggah...mesti ada terbekenan
Cik Suami pun offer...
Aku kata dengan Aqilah...
"Kak Long ke sekolah barang semua baru kan...Ibu pun nak beli barang baru jugaklah..." hehehe
Aqilah pun sama jugak memilih barang, anak daralah katakan...
Alih-alih dia yang dapat sepasang kasut...
"Ni kasut Kak Long nak pegi jalan-jalan.." katanya.
Yang bestnya Aqilah pegi pilih dengan abahnya sementara aku memilih handbag...
Emmmm.....dah boleh dah shopping dengan abahnya...
Akupun dapatlah satu handbag dan Aqilah sepasang kasut..
Asalnya akupun nak dapatkan juga sepasang kasut
Aku ni bersaiz 4...selalu je out of stock
Sebab saiz 4 biasanya tak banyak stock kata salesman tu
Selalu gitulah....isk..isk..isk...
Bila dah berkenan saiz takde pulak
Takde rezeki...

Cik Suami nak cari tali pinggang
Lepas tu giliran Cik Suami
Cik Suami nak cari tali pinggang
Dapatlah satu..
Takdelah ronda sangat
Sementara nak tunggu perut lapar

Nilah puzzle Darwisy...hepi sangat dia dapat puzzle nie

Darwisy tak pandai sangat meminta...
Aku pulak rasa kesian kalau takde apa-apa untuk dia
Bawa Darwisy ke bahagian mainan
Kalau dia nak pilih apa-apa
Ronda-ronda macam tak berkenan je dia
Tunjuk dengan Darwisy puzzle...
Nampaknya Darwisy berminat
Ambiklah satu...
Jadi semua orang dapat satu barang @ Parkson

Balik je rumah...
Macam biasalah Kak Long cuba lagi kasutnya :)
Adik sibuk suruh buka puzzle...
Terus je buat dengan Kak Long
Walaupun adik tak pandai sangat lagi
Kak Long yang lebih buat...
Excited dengan Jigsaw Puzzle baru
Darwisy seronok dengan karakter kartun Mickey Mousenya
Berjayalah dua beradik ni menyiapkan puzzle nya..
Puzzle simple untuk umur-umur Darwisy yang baru-baru nak belajar
Puzzle nya pun besar-besar
Ada 24 pieces je...
Nilah hasilnya...
Tulah hasilnya...
Dengan bantuan Kak Long tak sampai 10 minit siap hehehe
Kalau Darwisy buat sorang lamalah kot...
Pagi-pagi nie Darwisy cuba lagi
Benda baru kan...bersemangat!
Aku bantu sikit-sikit...
Boleh juga dia buat
Nanti aku nak suruh dia cuba buat sendiri pulak..


***Masa balik dari Kajang tu malam..ikut Lebuhraya LEKAS...malam tu terus je demam...ubat dah makan, kebah sekejap menggigil balik...ADA KEMUNGKINAN KE DEMAM SEBAB LAIN...


Sunday, December 26, 2010

Demam Kali Kedua

Salam rakan-rakan blogger...
Baru je bersemangat nak berkongsi cerita
Cerita bakery class..
Tiba-tiba Jumaat malam 
Lepas buat entry "Menjenguk Semula"
Badan tiba-tiba sejuk dan menggigil...
Terus capai sweather....
Rasa macam nak demam semula
Makan ubat demam sebiji dan terus tidur
Malam tu memang menggigil dah badan masa tidur...
Memang tidur malam tu tak lena
Kesejukan, ditambah dengan batuk...
Confirm!
Demam Kali Kedua...
Rasanya baru je baik demam 


Tak sempat lagi nak menjengah blog rakan-rakan  
Hanya sempat BW je sekejap Jumaat malam tu
Rancangan asal nak ke Melaka hari Sabtu
Nak bawa anak jalan-jalan..
Terpaksa dibatalkan
Kepala sakit yang teramat
Badan lemah..tak selera makan pun iye

Tak tahulah mudah je badan ni tak sihat...
Kurang daya tahan ke agaknya...
Mujur demam tak berlarutan...
Tapi bila demam memang lemah sangat badan
Apatah lagi bila makan pun tak selera...

***InsyaAllah ada kesempatan dan kesihatan saya akan mengunjungi rakan-rakan blogger semua ye...