Monday, January 03, 2011

Hari Pertama Aqilah dan Ibu

Kak Long dengan penampilan baru berbaju biru..
Salam rakan-rakan blogger semua...
Baru berkesempatan menjengah
Hari pertama persekolahan hari ni...
Agak sibuk dengan pelbagai urusan
Sebagai guru kelas
Mengutip yuran, menguruskan kelas, menerima kedatangan pelajar baru dan macam-macamlah kiranya hehehe...


Hari ni juga hari pertama Aqilah berbaju biru
Semangat yang berbeza tahun nie 
Dengan jawatan baru yang dipegang 
Sebagai pengawas
Pada malam harinya beriye-iye suruh kejut pagi
Takut terlambat..
Pengawas lah katakan...:)
"Nanti kejut Kak Long 5.30 ye bu..."
"Cikgu cakap pengawas tak boleh lambat.."  tambahnya lagi
Amboi awalnya dalam hati aku...
Aku iyekan aje...
Kebiasaannya aku dan Cik Suami pukul 5.00 pagi dah bangun
Cik Suami pun turut merasai hari pertama persekolahan
Cik Suami bercuti hari ni
Menghantar Aqilah
Kebiasaannya Cik Suami bercuti untuk hari pertama persekolahan
Bersemangat juga kot :)

Disebabkan Cik Suami bercuti
Cik Suami yang menjemput Aqilah
Kebiasaannya aku yang mengambil Aqilah
Sebab Cik Suami berkerja di Nilai

Disebabkan Cik Suami bercuti
Balik sekolah aku keluar bersama untuk beberapa urusan 
Aqilah Cik Suami hantar ke rumah pengasuh
Tempat Darwisy dijaga 
Petang baru ambik Aqilah dan Darwisy
Belum sempat sampai rumah
Dalam perjalanan je...
"Bu...tadi Kak Long bertugas di perhimpunan...
"Lepas tu Kak Long jaga kelas 3 Zuhrah masuk ke kelas...
"Cikgu cakap tempoh percubaan pengawas kalau Kak Long datang lambat ke, tak berdisiplin ke, jawatan kena tarik.... 
Kata Aqilah...
Hari pertama persekolahan Ibu juga hehehe
 Aku pun menambah...
"Betullah tu...sebagai pengawas mesti menjadi contoh...
"Kalau Kak Long belajar merosot, ibu sendiri akan jumpa cikgu suruh lucutkan jawatan pengawas..
Bolehlah dikatakan sebagai amaran juga...hehehe
Sebab memang aku taknak dengan title pengawas menyebabkan pelajaran merosot...
Aku memahami bila sudah memegang jawatan pengawas adanya tugasan tambahan yang perlu dilaksanakan
Kadang-kadang akan mengganggu sedikit sebanyak...
Tapi yang pasti pengurusan masa yang baik tidak akan menjejaskan pelajaran...
Itu yang aku harapkan...
Agar Aqilah pandai menguruskan masa

***Apapun aku berharap dengan jawatan yang dipegang oleh Aqilah akan lebih mendisiplinkan dirinya baik dari segi akademik dan juga sahsiah...
 

11 comments:

Sharifah nor said...

dua org anak akak..masa naik darjah 6..dua2 letak jwtan sbg pengawas..kata diorang..terganggu pelajaran..

~ yus ~ said...

Selamat untuk kedua2nya..ibu dan Aqilah...

Selamat menempuh tahun baru, kelas baru, jawatan baru, tanggunjawab baru untuk Aqilah..

n.hasleena said...

KAK PAH: tulah kak pah sy cakap dgn aqilah, kalau merosot mmg saya yg akan mintak cikgu dia lucutkan jwatan....sbb mmg agak sibuk pengawas nie...

YUS:InsyaAllah Yus...t.kasih :)

moon said...

EMak ckgu...
ank msti pndai..hehe

sal said...

amboi..lawanya mama leena..
harap semuanya ok..berjalan lancar n semua urusan dpt diselesaikan mengikut perancangan..ameen

PuanBee said...

huhu baru npk kak leena real punya!erm bz yer rindu sikit sebanyak nih!

sarah-najwan said...

seme kalut ribut
masa semalam..hehe

seme juga penat
akak semalam tidu pom awal..hehee

Cma Shiema said...

selamat..selamat..
lawanye tuan punye bdn...:)

nadzirah aqilah said...

teringat plak masa sekolah dulu.. bila dapat pakai baju kaler2 je trus excited nak g sekolah. semangat len macam. almaklumlah berjawatan la kunun2nya.. hahaha

Ati Masrif said...

selamat kembali bertugas leena..
camne mesti bersemangat!!

anak kak ati pun pengawas juga..

n.hasleena said...

MOON:InsyaAllah Moon....

KAK SAL: T.kasih kak. InsyaAllah...

BEE:sblm ni tak real ke bee hehehe

IBU SARAH:mggu awal kak...hehehe

CMA:selamat... :)

NADZ:a'ah...gtulah anak dara akak tu :)

KAK ATI: