Monday, January 17, 2011

Setelah Seminggu...

Salam semua...
Setelah hampir seminggu
Baru jengah kembali
Tak berkemsempatan rasanya
Emmm.....tapi rindu juga
Nak BW

Nak tulis entry  
Dengan kenalan maya di sini

Sekejap sahaja masa berlalu
Dah masuk pertengahan bulan Januari
Sedikit kesibukan di awal bulan ini
Namun InsyaAllah akan diuruskan sebaiknya

Keletihan je apabila balik keje huhuhu

Nak menjengah blog...layu je mata
Hari nie gagahi untuk menjengah
Apapun miss u all lahhhhh....
Jangan lupakan diriku ye hehehe...

***Tak dapat nak jadi mcm ibu sarahnajwan...sentiasa updated blognya...

Monday, January 10, 2011

Basikal Baru Darwisy


Basikal baru Darwisy :)

Salam rakan-rakan blogger semua
Baru berkesempatan menjengah hari ini
Nak berkongsi cerita bujang kesayangan aku
Darwisy...
Tengah hari kelmarin keluar nak cari kaler crayon Aqilah
Jalan-jalan cari makanlah sekali hehehe
Malas nak ke kedai buku sekadar nak cari crayon
Jadi menyinggahlah di pasar raya The Store
Dalam tu adalah pulak basikal
Darwisy pun perasan kewujudan basikal di situ...
Darwisy dah lama jugak menyebut nak basikal
Apa lagi...
Si Bujang nie mintaklah..."Bu nak basikal...bu nak basikal...bu nak basikal...
Yang pastinya tanpa jemu...aku kata "Tanya abah..."
"Abah, nak basikal...abah nak basikal...."
Hehehe....larat dia cakap berulang-ulang kali...
Sampai masuk ke dalam kereta...
Kesian pulak...

Memang dalam perancangan nak belikan Darwisy basikal bulan depan
Sempena besday nya...
Tapi kesian pulak Darwisy asyik menyebut...
Akhirnya dari The Store teruslah ke Seremban ke kedai basikal
Punyalah seronok Darwisy tengok banyak basikal kat situ
Tauke kedai tu suggestlah basikal kat atas tu
Memang elok beli besar sikit
Budak cepat membesar...
Memilih pun tak lama
Berkenan pulak tengok yang dicadangkan tu 
Teruslah buat pembayaran (boleh tahan jugak harganya....hehehe)
Hepi sungguh Darwisy...

Sampai rumah 
Tanpa berlengah-lengah lagi
Darwisy pun mencuba basikal barunya...
Hepi sungguh dia...sampai ke tengah malam main basikal
Adoiiii....hehehe
Mungkin baru lagi....


***Besday nanti tinggal hadiah dari ibu jelah....abah dah bagi awal :)

Sunday, January 09, 2011

Fuhh Legaaa...


Sediaaaa hehehe...untuk di iron


Salam...
Ibu-ibu semua dah iron baju anak-anak esok?
Saya lega dah hehehe...
Selesai 'mengiron' untuk stok seminggu anak dara tu
Lengkap semua...baju kemeja, kurung, tudung...
Selesaiiiii....
Fuhhhh legaaaa sangat :)
Siapppp....leganya :)

Antara keje rumah yang saya kurang minat hehehe
Adalah menggosok baju 
Kurang minat pun kena lah laksanakan jugak kan
Sebab mengambil masa yang agak lama jugak
Tambahan untuk stok seminggu
Baju saya belum lagi nie
Baru selesaikan untuk anak dara tu dulu
Aduhhh...sakit tumit kaki berdiri hehehe

Esok anak dara tu dah start nak pakai kemeja sebab nak pakai tie katanya
Susah je rasa menggosok kemeja nie
Hehehe....terutama part kat tangan sehingga penyambung kat bahu tu
Kalau silap gosok banyak pulak side nya...
Lama jugak tadi mengadap iron nie 
Tapi dah iron untuk seminggu senanglah sikit
Kalau tak tiap-tiap pagi kenalah iron
Selalu juga gitu bila kemalasan 'mengiron' melanda hehehe
Bangunlah pagi-pagi untuk menggosok baju
Selalu je buat tu :)

****Beginilah rutin seterusnya sehinggalah berakhir tahun...dan tahun baru menjelang lagi, rutin ini kembali lagi dan seterusnya hehehe

Saturday, January 08, 2011

Beg Comel


[Sumbangan Mr. Google]
Salam semua...
Rindu betul nak buat entry
Tapi apakan daya beberapa hari ni
Masa dan tenaga tak mengizinkan
Minggu pertama persekolahan
Kesibukan melanda
Letih mental dan fizikal :)
Tapi jengah juga blog kengkawan
Namun agak tak berkesempatan
Berlama-lamaan...huhu
Darwisy dengan beg keretanya...yang ni size M

Malam ni setelah BW dan baca entry kengkawan sume
Usahakan diri ini hehehe
Untuk membuat entry...
Tiba-tiba teringat beg comel nie
Sekadar berkongsi minat cik suami
Cik Suami berminat dengan servis online nie
Surfing internet jumpa lak beg comel ni ha...
Cik Suami berminat denga beg nie
Cik Suami belikan untuk si bujang Darwisy
Beg berbentuk kereta...
Memang comel lah beg nie
Kualiti pun bagus
Darwisy pun suka
Exactly bentuk kereta... 
Memang susah sangat nak dapatkan stok beg nie
Sebulan tunggu...

Cik Suami pun advertise kan kat dalam FB
Ramai pulak yang berminat
Jadi Cik Suami order melalui online
Memang sebulan tunggu
Akhirnya seminggu sebelum buka sekolah beg pun sampai
Terus Cik Suami buat urusan pengeposan kepada customer yang order

Harga???
Asalnya nak beli untuk Si Bujang je..
Tapi ramai yang berminat
Sebab agak susah nak dapatkan beg nie
Masa pegi Sunway Pyramid yang anak dara tu main ice skating...
Aku ada ternampak beg nie
RM69.00...untuk size L
Uhhh...boleh tahan mahalnya...
Yang Cik Suami beli dan dapatkan utk yang berminat
RM55 je masuk pos...sama material macam kat Sunway Pyramid tu
Kalau by hand RM50 je Cik Suami jual kat kengkawan
"Emmmm...nasib baik beli kat online nie aku kata..."
Murah lagi...kalau tak...jauh bezanya tu..

Cik Suami pun dah poskan ke beberapa customernya yang order tu
So, tanya semula respons yang dah terima
Emmm...budak-budak kan
Seronoklah....
Oppps...promosi pulak sekali hehehe
Tapi beg ni memang cun lahhhh
Tu yang nak kongsi
Kalau berminat boleh juga roger2 ye....
Sebab rasanya masih ada lagi kot stoknya

***Sibuk dah buka sekolah nie...tapi hati meronta-ronta nak jengah blog hehehe

Wednesday, January 05, 2011

Minggu Yang Sibuk

Salam rakan-rakan blogger
Masa menaip ni mata teramatlah beratnya...
Minggu pertama sekolah
Minggu yang agak sibuk
Penat mental dan sekaligus fizikal pun keletihan
Hari ni pun balik pukul 5.00 petang
Walaupun cikgu, balik dah sama macam keje pejabat huhu

Tak berkesempatan untuk BW
Menjengah rakan-rakan semua
InsyaAllah akan mencuri ruang bila kelapangan
Rindu nak baca entry rakan-rakan semua...

Biasanya stayback kat sekolah menyiapkan kerja-kerja
Sebab bila dah balik keletihan je...
Jadi bawak keje balik rumah kadang-kadang tak terbuat
Beberapa hari ni memang balik petang
Lepas tu baru ambik anak-anak dari rumah pengasuh
Sampai rumah...aduhhhh keletihan...
Kadang-kadang sambil duduk boleh terlelap hehehe 


Adoiiii....beratnya lah mata...
Mengundur diri dulu ye
InsyaAllah bertemu lagi di alam maya...

***Rindunya nak BW dan baca entry...namun apakan daya, mata tak terdaya huhuhu...

Monday, January 03, 2011

Hari Pertama Aqilah dan Ibu

Kak Long dengan penampilan baru berbaju biru..
Salam rakan-rakan blogger semua...
Baru berkesempatan menjengah
Hari pertama persekolahan hari ni...
Agak sibuk dengan pelbagai urusan
Sebagai guru kelas
Mengutip yuran, menguruskan kelas, menerima kedatangan pelajar baru dan macam-macamlah kiranya hehehe...


Hari ni juga hari pertama Aqilah berbaju biru
Semangat yang berbeza tahun nie 
Dengan jawatan baru yang dipegang 
Sebagai pengawas
Pada malam harinya beriye-iye suruh kejut pagi
Takut terlambat..
Pengawas lah katakan...:)
"Nanti kejut Kak Long 5.30 ye bu..."
"Cikgu cakap pengawas tak boleh lambat.."  tambahnya lagi
Amboi awalnya dalam hati aku...
Aku iyekan aje...
Kebiasaannya aku dan Cik Suami pukul 5.00 pagi dah bangun
Cik Suami pun turut merasai hari pertama persekolahan
Cik Suami bercuti hari ni
Menghantar Aqilah
Kebiasaannya Cik Suami bercuti untuk hari pertama persekolahan
Bersemangat juga kot :)

Disebabkan Cik Suami bercuti
Cik Suami yang menjemput Aqilah
Kebiasaannya aku yang mengambil Aqilah
Sebab Cik Suami berkerja di Nilai

Disebabkan Cik Suami bercuti
Balik sekolah aku keluar bersama untuk beberapa urusan 
Aqilah Cik Suami hantar ke rumah pengasuh
Tempat Darwisy dijaga 
Petang baru ambik Aqilah dan Darwisy
Belum sempat sampai rumah
Dalam perjalanan je...
"Bu...tadi Kak Long bertugas di perhimpunan...
"Lepas tu Kak Long jaga kelas 3 Zuhrah masuk ke kelas...
"Cikgu cakap tempoh percubaan pengawas kalau Kak Long datang lambat ke, tak berdisiplin ke, jawatan kena tarik.... 
Kata Aqilah...
Hari pertama persekolahan Ibu juga hehehe
 Aku pun menambah...
"Betullah tu...sebagai pengawas mesti menjadi contoh...
"Kalau Kak Long belajar merosot, ibu sendiri akan jumpa cikgu suruh lucutkan jawatan pengawas..
Bolehlah dikatakan sebagai amaran juga...hehehe
Sebab memang aku taknak dengan title pengawas menyebabkan pelajaran merosot...
Aku memahami bila sudah memegang jawatan pengawas adanya tugasan tambahan yang perlu dilaksanakan
Kadang-kadang akan mengganggu sedikit sebanyak...
Tapi yang pasti pengurusan masa yang baik tidak akan menjejaskan pelajaran...
Itu yang aku harapkan...
Agar Aqilah pandai menguruskan masa

***Apapun aku berharap dengan jawatan yang dipegang oleh Aqilah akan lebih mendisiplinkan dirinya baik dari segi akademik dan juga sahsiah...
 

Saturday, January 01, 2011

Tahun Baru Aqilah

Salam rakan-rakan semua...
Harap belum terlambat lagi ye untuk mengucapkan 
Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua kenalan mayaku...
Semoga tahun baru kali ini
Sentiasa kita dilimpahi dengan kesejahteraan hidup
Kurniaan Allah s.w.t
Menjadi insan yang lebih gemilang 
InsyaAllah...

Emmm....tajuk di atas....
Aqilah semakin bersemangat untuk ke sekolah
Mudah-mudahan semangat ini tidak luntur sampai bila-bila
Buku-bukunya baru je malam tadi selesai aku balut 
Last minute juga :)
Tuliskan nama di buku tulisnya
Katanya nak sediakan peralatan sekolah malam ini
Yelah...jawabku...


Aqilah semasa darjah 2 Utarid 2010
Aqilah masuk darjah 3 tahun ni
Gambar di atas kenangan semasa Aqilah darjah 2
Cepatnya masa berlalu...
Cabaran yang hebat untuk pelajar-pelajar masa kini
Satu kelas tak kurang dari 40 pelajar
Bersaing antara satu sama lain...
Persaingan sihat untuk berjaya
Aku harap Aqilah mampu untuk bersaing
Serta berjaya dalam pelajaran dan kehidupan
InsyaAllah....


***Sehari lagi bermulanya rutin harian seperti biasa...akan cuba mencuri masa untuk melawati blog :)