Thursday, October 21, 2010

Kelas Projek..

Jam 5 tadi baru je selesai kelas projek dgn pelajar2 tingkatan 5PPU.  Berapa kerat je hari ni...semuanya nak dipesan sdgkan jadual kelas projek mmg dah ada dalam kelas masing2...hari utk mereka menduduki SPM dah hampir, kerisauan cikgunya lebih hebat dari diorg...namun yg datang hari ni menunjukkan kesungguhan utk mengulangkaji bersama dan menambahkan apa yg kurang.  Mudah2an semua pelajar2ku termasuklah yg tak hadir diberkati Allah dan sentiasa dipermudahkan dalam pembelajaran.  Walaupun kdg2 geram dgn sikap mereka namun jauh di sudut hati...aku tidak lepas dari mendoakan kejayaan pelajar2ku.  "Ya Allah bantulah pelajar2ku untuk cemerlang dalam peperiksaan...".  Pelajar2ku yang disayangi...buatlah yang terbaik demi masa depan kamu dan berilah berita gembira kepada keluarga bila keputusan diumumkan.  InsyaAllah...

Wednesday, October 20, 2010

Semoga Kejayaan Menjadi Milik Kalian...

Laptop dah ok...:)  So, dapatlah mengupdate blog nie.  Exam form 4 dah selesai...minggu ni Ujian Gerak Gempur for all form 5 students.  Aku betul2 berharap dan mendoakan kejayaan mereka semua.  Semoga mrk diterangkan hati dan dipermudahkan utk menjawab soalan peperiksaan SPM yang bakal menjelang tak lama lagi...Risau....emmm...hanya Tuhan je yg tahu :).  "Pelajar2 cikgu sekalian, cikgu berdoa agar kamu berjaya dgn dalam SPM nanti.." Aminn...

Friday, October 15, 2010

Satu perkongsian...4 Golongan lelaki ke neraka..

Gambar Hiasan
Pertama:- 'Ayahnya' - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- 'Suaminya' -  Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- 'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:-' Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidaksilap firman ALLAH S.W.T.:-

" Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka,di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda..Kesiankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri..jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.
ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga..janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab.

AMIN YARABBALALAMIN

Kak Long & Ladang Teh

Aku suka betul tgok ladang teh kat Cameron nie...Kehijauannya memukau..Che wah!!  Anakku lagi lah kagum.com hehehe...aku cakap.."Kak  Long nilah teh yang kita minum tu..."  Terkejut gak dia..yelah, minum tehnya kaler gelap.  Tgok kat ladang hijau.  Akupun explainlah serba sedikit...tapi mmg seronoklah anak dara aku nie dapat tgok REAL punya teh.  Baru dia tahu inilah daun teh yang buat air tu...

Inilah keluargaku...

Salam semua...inilah family aku.  Cari punya cari jumpalah gambar nie..masa ni kat Cameron Highlands.  Inilah family tercinta aku...ni masa bulan Jun tahun nie.  Ada 2, 3 keping je gambar family.. Tgok hero aku tu ada je aksi. Tulah pasalnya gambar family tak dapat je nak snap...Setiap hujung tahun try spend masa utk kids jalan2..dekatpun takpe.  Anak sulung aku cakap "cuti sekolah takkan duk rumah je.."  hehehe...so, kenalah bawak kuar rumah.  Dekat pun takpe...pada dia, cuti sekolah kena jenjalan...:)