Tuesday, November 30, 2010

Seronok Ke Jadi Cikgu?

[Gambar Ihsan Google]

Salam semua...
Tiba-tiba teringat pelajar-pelajarku,
Maklumlah sekarang cuti sekolah,
Namun kini pelajar-pelajarku berperang dengan SPM
Semoga anak didikku berjaya dengan cemerlang
Aminnnn....

Pelajar-pelajar aku pernah bertanya
Seronok ke jadi cikgu
Mungkin bila mereka tengok aku...
Melaksanakan pengajaran
Mengawal kelas
Mengawal pelajar kadang-kala tak dengar kata
Bersabar dengan kerenah mereka
Aku senyum sebelum memberi jawapan....

Aku memberi jawapan
Cikgu seronok mengajar kamu
Bila kamu mendengar kata dan buat apa yang cikgu suruh
Cikgu tak marah kalau kamu tak pandai
Cuma satu je yang cikgu tak suka 
Iaitu jangan biadap...dengan sesiapapun
Ye...aku tak kisah kalau mereka kurang pandai
Lambat dapat apa yang aku ajar
Masih boleh diajar dan dibimbing
Tapi aku memang tak boleh jika ada pelajar yang biadap...
Bak kata orang, 'memang pantang'...
Cikgu boleh menjadi kawan, gelak ketawa sama-sama
Tapi dalam kelas...
Kamu kena fokus, buat semua latihan dan hantar bila diarahkan

Memang seronok jadi Cikgu,
Bila ada yang telah berjaya
Bila ada yang sentiasa mengingati kita
Kad kahwin setiap tahun tiba dari bekas-bekas pelajar
Tanda ingatan mereka....hati bangga, kita tak dilupakan
Ada yang menyatakan rindu kat kita
Ada juga jumpa di shopping kompleks
Dengan suami dan anak-anak mereka
Banyak lagi keseronokannya bila dikenang-kenangkan...

***InsyaAllah Cikgu akan curahkan ilmu seikhlasnya untuk melihat kamu semua berjaya...

Saya Follow Juga...Ikhlas Ke?



[Sumbangan Google]
Ikhlaskah Aku ?

Salam dan selamat pagi...
Sebelum  ini sememangnya diriku tidak aktif dalam dunia blog
Blog ni dihasilkan oleh suamiku
Aku melihatnya sahaja
Tanpa menjadi pengunjung setia
Datang ke dalamnya ikut suka

Tapi tiba-tiba seorang blogger menjengah
Kak sarah-najwan sudi menjadi guruku
Katanya dunia blogger menghiburkan
Banyak rakan dan banyak ilmu yang dikongsi
Setiap hari beliaulah pengunjung setiaku
Tidak pernah ketinggalan mengisi komen2
Sebagai pembakar semangatku
Sampai malam tadi tetap membimbing aku
Boleh dikatakan setiap hari chatting melalui FB 
Yang pastinya tidak lari memberi ilmu2 berguna
Terima kasih tak terhingga kak... 
sarah-najwan itulah gerangannya

Kini Follower semakin bertambah
Begitu juga dengan kunjungan daripada rakan2 blogger
Hatiku berbunga riang kerana dapat menjalinkan ukhuwah
Sesama kita...
Terima Kasih semua atas perkongsian
Dengan entry2 yang amat memberangsangkan

Aku turut menjadi follower kepada rakan2 blogger
Namun dalam hati bersarang kerisauan...
Bolehkah aku ikut semuanya dengan ikhlas??
Ibarat seseorang jejaka memberi ros putih kepada si dara
Yang ibaratnya memberi erti...
Rasa cinta yang suci dan sejati

Mampukah aku menjejaki semua...
Pada aku...bila menjadi follower,
Aku akan follow entry2 mereka..
Kalau tidak aku rasa seolah menipu mereka
Juga diriku sendiri
Aku turut ingin perkongsianku dibaca
Dengan niat untuk berkongsi bersama
Bukan singgahan semata-mata
Itu juga yang akan ku cuba laksana

Rakan2 blogger sekalian
InsyaAllah...akan ku cuba menjejaki
Walaupun seketika..
Kerana...
Tiada ruginya...
Entry2 kalian memberi banyak perkongsian
Kepada aku yang baru mengenali dunia ini
Paparan perkongsian kalian memikat hatiku
Yang baik akan sentias aku teladani...

Sampai di sini dahulu 
Coretan ikhlas Ibu Darwisy & Aqilah
Semoga ikatan yang terjalin sesama kita
Rakan-rakan Blogger...
Dirahmati Allah
Bila perkongsian ilmu2 berguna
Dijadikan iktibar oleh rakan2 blogger kita

Yang Baik Dijadikan Teladan...
Yang Buruk Dijadikan Sempadan..

Dunia blogger telah memikat hatiku


Monday, November 29, 2010

Ya Allah, Lindungilah Aku Dari Musuh Durjana Ini...


***Ya Allah, lindungilah aku dari musuh durjana ini...Aminnn

Kenapa kuih 'Jemput-Jemput'

Jemput-jemput dari Google :)

Duduk dpn PC jengah blog, cacing menyanyi pulak..
Oppps...dah pukul 5 patutlah...
Perut dah kosong hehehe...
Tiba2 terbayang...kalau buat jemput-jemput best nie...
Aku search google dulu dapatkan semangat kihkihkih
Bestnya...adoiiii....kena buat terus pasni..
Mcm2 jemput-jemput dalam google nie..
Kengkawan penah buat yg mana???
1.  Jemput2 pisang
2.  Jemput2 udang
3.  Jemput2 jagung
3.  Jemput2 bilis
4.  Jemput2 roti.....
Issshhhhh....byklah spesies jemput2 ni...yang paling best???
JEMPUT2 MAKAN.....hehehe....
Emmmm....kat dapur ada tepung dgn ikan bilis je....
Jemput2 ikan bilis lah jwb nya.....:)
Oraitt...jom minum petang dgn jemput-jemput hari ni ye...

***Soalan:  Kenapa dipanggil jemput-jemput ye???

Tengok TV Je..Baca Bukunya Bila??!!

Cuti Sekolah....semua budak2 suka...begitu juga di kalangan guru (akulah tu....)
Sekali lagi aku selitkan PENGISIAN MASA CUTI 
En3 sblm ni dah ada sekadar tambahan dan ingin juga pandangan dari kengkawan sume ye...
Pengisian utk aku jgk...persediaan mengaja utk tahun depan, InsyaAllah...
Sbb arini nak pastikan anak dara aku tu mengulangkaji
Minggu lepas dia sibuk dgn swimming class nya..
Minggu ni cikgu renannya takde...jadi minggu ni mesti study walaupun tak banyak...
Celik je mata...TV! Sblm tdo....TV!
Emmm....tak boleh jadi nie (ngomelan aku hehehe....mmg berleter ler jgk kat dianya...)
Bangun pagi nie...aku dah bg intro hehehe
"Lps sarapan, mandi...buat ulangkaji.." Emmm....sambil blogging ni kejap aku observe hehehe
Pasni aku plk nak ke dapur...masak utk thari 3 beranak :)
Tgok kejap...dah start masuk bilik, dah start bukak buku...
Tapi kena intai gak tu nnt....
Bukannya apa...mgkn niat nak pressure, takut masa cutinya sia2 nnt...
Alhamdulillah exam baru2 nie top3 dalam kelas dan aliran darjah 2 (212 pelajar).  Syukur...
Tapi aku kenal anak aku nie....kena polish sentiasa utk kekalkan prestasi..
Pernah dapat nombor dalam ujian punyalah banyak (no. puluh2an)...smpi aku pulak yg pressure hehehe...
Jadi aku cuba sedaya upaya utk membantu spt mana aku membantu pelajar2ku menjelang exam..
Satu lagi perkongsian utk kengkawan semua yg ada anak2 bersekolah..
Kalau terlepas kat en3 sblmnya...
Aku berterima kasih jugak kat Score A Proggramme. Turut membantu dalam prose pembelajaran anak aku..Kengkawan sume boleh cuba free demonya. Klik Di Sini dan click kat ONLINE DEMOMasukkan ID:  82828..
InsyaAllah anak TAK BORING...Sbbnya: (aku cuba senaraikan ye....)
Pada aku:
1.  Pembelajaran Online (Guna komputer) ~ MMG BUDAK2 SUKA KOMPUTER

2.  Dipermudahkan Penandaan Latihan (Auto marking) ~ BUDAK2 BUAT LATIHAN AUTOMATIK SISTEM MARKING, SO TAK PAYAH DIORG/KITA REFER JAWAPAN BELAKANG BILA GUNA BUKU LATIHAN. AKU AKUI, KDG2 TAK SEMPAT NAK SEMAK BILA SURUHANAK BUAT BUKU KERJA.

3.  Merangkumi Semua Subjek Dalam PC (Psikologi:  Tak nampak byk buku) ~ KALAU DULU START CUTI AKU AJAK G KEDAI BUKU BELI 4 @ 5 BUAH BUKU KERJA.  SEDIH JE MUKA ANAK AKU HEHEHE....

4.  Report Card Setiap Masa ~ REPORT CARD DARI SEKOLAH MGKN DALAM 4 KALI SETAHUN, SO PROGRESS ANAK KITA TAK NAMPAK.  REPORT CARD DALAM SISTEM
NIE SETIAP ABIS ANAK BUAT LATIHAN KITA BOLEH TGOK...

5.  Jimat ~PADA AKU MMG MENJIMATKAN SBB PAKEJ YG BERBALOI UTK SUME SUBJEK DAN YG PASTI BOLEH BUAT BERULANG KALI.  KALAU BUKU KERJA DAH HABIS BELI LAGI DAN NAK BUAT ULANGKALI TAKKAN ANAK NAK PADAM SEMULA KAN...

***kengkawan blogger sume...catatan di atas sekadar perkongsian utk kita semua.  Kita cuba cari yang terbaik utk anak2 kan...kalau ada pandangan dan cara2 kengkawan utk menggalakkan anak2 kita belajar harap dapat kita kongsi sama-sama ye...

Nak Buat 'Recent Comments' Kat Blog...Tak Jadilah...

Salam...
Aku mak budak baru belajar (nipun ayat kak sarah :)baru aktif mencuba blogging..
Terima Kasih tak terhingga KAK SARAH NAJWAN :)
Kak Sarah byk membantu saya aktif nie..dan mula rasa seronok, ramai kawan maya jadinya
Info berguna banyak sangat...thanks a lot kepada yg sudi 'follow' ye...
Oh ye...TAJUK KAT ATAS tu hehehe...maklumlah baru berjinak2 nie...serba serbi kurang arif
Aku cuba buat widget 'Recent Comment' (aku amik widget dari blog kak azieazah...terima kasih kak), tu sbb aku takut terlepas pandang komen kawan2...(ada cara lain ke nak tau latest respons kawan2 kita? )
Aku cuba follow secara ikhlas dan akan cuba mengikuti blog kengkawan sume..sbb tu aku tak nak terlepas pandang komen2 kengkawan sume :)
Byknya 'tak terlepas pandang...' hehehe
Ok...MASALAHNYA SEKARANG KAN....tarikh kat 'Recent Comments' tu lewat sehari lah...
Macam mane ye nak buat...



Sunday, November 28, 2010

Tolong Baca Agar Tidak Menyesal

Salam semua...mungkin ada yang dah baca kisah ini.  Aku mohon share dpd 'Mentari Hidup' utk perkongsian cerita ini.  Airmataku mengalir bila membacanya dan sekaligus menjadi pengajaran kepada diriku sendiri yang telah mempunyai anak2.  Sama2 kita ambik iktibar...

 

Gambar Hiasan

  'Abah.. bagilah balik tangan Ita"......................isk..isk...isk...

by Mentari Hidup on Tuesday, November 23, 2010 at 11:22pm
Ini sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan melalui e-mail. Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupu manusia memang sering melakukan kesilapan...mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya...


Kisah Si Kecil Ita...

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!

''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)

Bagaimana Menangani Marah?

Gambar Hiasan
CARA-CARA MENANGANI PERASAAN MARAH

Berikut ini adalah beberapa kiat yang mungkin dapat dilakukan untuk menahan marah, iaitu:
1. Mawas diri, misalnya dengan mencatat tingkah laku ketika marah. Apakah   kita suka bicara seenaknya, menyakiti hati orang, melempar barang dll. Dari tindakan itu kita perbaiki diri dengan jalan mengurangi kebiasaan jelek itu saat marah.

2. Pengukuhan diri, pada teknik ini kita justru mencatat tindakan positif kita, untuk sikap yang manis kita harus memberi hadiah pada diri kita sendiri. Misalnya dengan memuji diri sendiri saat berhasil meredam marah. Caranya, tentu saja dengan mengucapkan pujian-pujian kepada Allah yang menganugerahi sikap manis itu.

 3. Hindari penyebab marah. Tujuannya agar dapat mengendalikan marah secara langsung dari sumbernya contohnya; naik angkutan berdesak-desakan. Agar kita tidak marah jangan naik angkutan pada jam-jam itu.

4. Berfikir realistis dalam situasi marah. Artinya, meski marah, kita usahakan berfikir dan melihat dengan kepala dingin, tidak gegabah dan tidak berlaku subjektif, misalnya; kamu-kamu punya rasa kesal pada ibu kalian, tapi, ibu kalian baru pulang kerja dan masih lelah, masa sih tega-teganya kita marah sama beliau.

5. Rileks ketika hendak marah, tujuannya agar syaraf-syaraf yang tadinya tegang jadi mengendur. Teknik ini juga dianjurkan oleh Rasulullah saw; “Ketika kita marah ambilah posisi duduk, bila masih marah berbaringlah, bila masih marah juga, berwudhulah.” Tujuannya? Tentu agar jiwa kita tenang.
petikan daripada 
qirell.wordpress.com/2009/10/27/15/ 

Jom Makan Coklat!

Coklat ni aku buat...jom rasa!
Sebut sahaja pasal coklat, sudah ramai yang beranggapan ia adalah gizi yang tidak sihat dan menggemukkan.Tanpa anda sedari, fakta itu tidak benar sama sekali. Sebenarnya, coklat juga mempunyai khasiat dan kebaikannya yang tersendiri. Malah, dalam menu diet, ia turut di sarankan sebagai salah satu makanan yang baik. Sebelum ini, kita mendengar banyak fakta tentang coklat yang berbaur negatif. Oleh itu, marilah kita ubah persepsi tentang coklat.
Antara perkara karut yang paling umum ialah coklat menyebabkan jerawat, terutamanya di kalangan remaja. Ini sama sekali tidak benar. Maklumat sekian lamajelas membuktikan bahawa coklat tidak menyebabkan jerawat. Sebaliknya, amalan pemakanan yang kurang baik, punca utama jerawat, tetapi kita lebih mudah menyalahkan coklat. Perubahan hormon ketika baligh, ditambah pengambilan makanan kurang zink dan banyak iodin, punca utama mengapa jerawat tumbuh. Jerawat biasanya tumbuh apabila seseorang mencapai usia remaja. Pertambahan hormon menyebabkan kelenjar mengeluarkan sebum, yang mengalir ke permukaan kulit secara semulajadi. Jika pengaliranya tersekat, sebum terkumpul lalu membentuk jerawat. Ensiklopedia Dermatologi menjelaskan dengan tepat bahawa pemakanan tiada kena mengena dalam pengurusan jerawat.
Coklat tidak menggemukkan. Isu sebenarnya, apabila kita makan berlebihan. Perangkaan terbaru dari seluruh dunia menunjukkan, bilangan orang gemuk kian ramai. Makan sederhana termasuk coklat, diiringi senaman kardiovaskular, adalah rahsia mengekalkan berat badan sihat. Yang penting, tahap kecergasan, bukan hanya kehilangan berat badan. Doktor dan pakar pemakanan, orang terbaik yang boleh menasihati mengenai pengurusan berat badan. Bagaimanapun, petua termudah ialah makan secara sederhana. Sebenarnya, tiada sesuatu makanan tertentu yang boleh menggemukka. Lazimnya, yang menentukan berat badan seseorang ialah jumlah makanan yang dimakan.
Penghidap diabetes boleh makan coklat. Dalam tempoh 20 tahun yang lalu, pelbagai perubahan besar dalam nasihat pemakanan diberiakan kepada penghidap diabetes. Persatuan Diabetes Britain, Persatuan Dietitik Amerika Dan Persatuan Diabetes Malaysia kini mengakui bahawa pengambilan gula, atau makanan bergula, dalam jumlah terhad sebagai sebahagian diet tinggi serat dan rendah lemak boleh diterima.Justeru, penghidap diabetis boleh menikmati coklat, tetapi secara sederhana, mengikut nasiahat pakar pemakanan.
Coklat tidak sebabkan sakit jantung. Dalam kes sakit jantung, coklat juga yang dipersalahkan. Punca utama peningkatan kes sakit jantung di Malaysia ialah gaya hidup kurang sihat dan kurang cergas. Merokok, kurang bersenam, pemakanan tidak seimbang dan berlemak tepu adalah penyebab sebenarnya. Sebaliknya coklat mengandungi antioksidan, dikenali sebagai fenol, yang mungkin mampu mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein (kolesterol LDL). Hasil kajian terkini menunjukkan bahawa asid stearik pada mentega koko atau lemak dalam coklat tidak memberi kesan kepada klesterol darah. 


*** Bahan ini aku ambik through internet utk perkongsian bersama..Kalau ada fakta2 tambahan lets share k...:)

Saturday, November 27, 2010

Serik Aku Ke HOSPITAL Ni!!!!

Setelah Doctor berjaya memasang tiub di tangan
Tadi membelek-belek telefon...tgok gambar2 lama.  Tertengok balik gambar semasa anak aku dimasukkan ke hospital....Cerita nie dah lama Mei 2010.  Tapi kenangannya takkan ku lupakan sampai bila2. 
Tiba2 suatu pagi aku perasan pipi anakku bengkak.  Mcm kelenjar....mgkn beguk sangkaanku.  Aku telefon mak tanya...mak cakap mgkn beguk.  Mak suruh aku letak nila dan cuka.  Takde pengalaman dalam penyakit beguk nie.
Aku ke klinik pakar kanak2...doktor cakap kena warded sbb kena masukkan antibiotik yang berterusan.  Kalau makan lambat doktor cakap.  Aku berhajat ke KPJ, doktor ckp takut penuh.  Tapi dia kata apapun kena masuk ward hari ni jugak.  Aku mula risau...jadi aku ambil keputusan ke hospital pakar satu lagi dgn harapan boleh terus masuk wad.  First time ke hospital nie.
Sampai je proses pendaftaran macam biasa.  Pastu ke klinik doktor pakar kanak2 tu.  MENUNGGU!!! Aku dah semacam dah rasa....
Bukan apa, surat doktor dah dapat. KENA WARDED! Tapi masih kena tunggu giliran jumpa doktor.  Anak aku badan pun dah demam...dah letih badan dia. Nak menunggu lagi.....bukannkah patutnya TERUS MASUK WAD! Then boleh je doctor ke wad kan...Akhirnya sampai giliran...Masuk jumpa doktor.  Then masuk wad...doktor cakap kena masuk antibiotik.  Susah hati dah aku....sah..sah...MENJERIT satu hospital nak cucuk tangannya tu.  Aku mmg tak berani tgok..tak sampai hati.  Hubby aku yg pegang...satu hospital dengar jeritan dia...Antibiotik kena habiskan 5 hari kalau tak silap aku.  Bermakna kena BERKAMPUNG kat hospital lah...Takpe demi anakku..Beberapa hari berlalu..Aku masih ingat lagi..aku buat GILIRAN dgn hubby jaga anak...sbb CUTI TAHUNAN pun tak banyak..HARI JUMAAT..mujur aku balik sekolah awal Jumaat pukul 12.15..aku terus ke hospital menjenguk anakku.  Mula2 AKU TAK SEDAR....anakku gembira mcm biasa.  Aku membelek tangannya...Aku rasa hairan JARI2 ANAKKU SEPERTI MEMBENGKAK!! 2 KALI GANDA DARI ASAL...LENGAN DAH KEMBUNG..KUKU BIRU!!!Kesiannya Darwisy....Apalah yang dia tahu... Aku apalagi....Aku panggil nurse.."Kenapa jadi macam  nie?"  Nurse kelam kabut buka balutan...Itupun takut2 anak aku menangis...Aku mmg PANAS dgn keadaan mcm ni.  Masih lagi terhegeh2 nak buka balutan..Budak menangis normallah...Aku pulak yg tolong sama2.  Aku risau...KUKU DAH BIRU bermakna PENGALIRAN OKSIGEN TERSEKAT! Aku ckp dgn nurse AKU NAK JUMPA DOKTOR.   Aku ke bilik doktor...tunggu lagi...ada patient.  Hati aku marah campur sedih.  KALAU AKU TAK DATANG JENGUK ANAK AKU TADI???SAPE PERASAN???NURSE TAK PANTAU TANGAN ANAK AKU KE???Aku jumpa doktor tu..Hati aku ni bercampur baur. Marah...Sedih..Terkilan...semua ada.  Aku ringkaskan ye...Aku sound direct doktor tapi masih berbudi bahasa.  Aku nyatakan ketidapuasan hati dan kekesalan aku dgn apa yg berlaku. Buat pengetahua kengkawan semua...sepanjang anak aku kat sana, tak pernah sekali balutan kat tangan ditukar..Aku terus je cakap kat doktor tu:  MMG AKU MENYESAL ADMITTED KAT HOSPITAL NIE. NILAH FIRST & LAST...Satu lagi masa kat sana ada NURSE LELAKI.. Oklah takde masalah....YANG BUAT AKU MARAH...ada sekali masa dia bertugas...masa bagi ubat...anak aku DEMAM jugak...ON & OFF. Kekdg sampai menggigil...boleh aku pulak tekan loceng panggil dia bagi ubat...TAK PEKA!!! Tapi bukan sume nurse lah...masa aku panggil tu MUKA BANGUN TIDO.  Ishhhh....mcm mana bertugas nie??????   Mmg aku dah decide akan keluarkan anak aku dari hospital nie dan SERIK AKU KE HOSPITAL NI!!!MGKN TAKKAN KU JEJAKI LAGI...
Pipi yang bengkak sebelah KIRI

Selepas dibedah...
Kesian tgok gambar anak aku nie....ingat mcm mana dia kat hospital....Akhirnya aku mintak keluar hospital.  Siap dia suruh aku isi surat...APA2 BERLAKU TANGGUNGJAWAB SENDIRI...sbb keluar blm masanya...Aku ambil ubat antibiotik bg makan kat rumah je.  Then aku follow up balik kat klinik pakar yg sebelum tu.  Doc tu cakap kat kelenjar air liur anak aku dah ada nanah.  Kena buang (bermakna kena OPERATE).  Dia suggest aku sorang Pakar Bedah kat KPJ.  Haritu jgk admitted...doctor ckp esok pagi operate.  Kesiannya anak aku kecik2 dah kena operate...Tapi mmg itu solution utk kebaikan...Pagi2 esoknya pukul 7 aku tukarkan baju bedah (mcm dalam gambar tu..) dan bawak ke bilik operation.  Air mata aku mengalir dgn sendirinya....Darwisy tak menangis pun ke dewan bedah.  Seolah2 tau apa yg akan berlaku....abahnya teman Darwisy utk proses bius....Aku tidak putus2 berdoa agar semuanya berjalan lancar.  Walaupun minor operation...namun kerisauan tetap bersarang di dada...
15 minit selepas itu...doktor keluar dari dewan bedah....'Puan dah selesai....'  ALHAMDULILLAH....
Darwisy menangis...mungkin ubat bius dah hilang dan sakit mula terasa...Keesokkan harinya satu lagi SENGSARA....CUCI LUKA...ADUHHHHH....aku dah terasa sakitnya.  Mmg Darwisy menangis...abahnya yg antar.  AKU TAK BERANI....Setelah selsesai cuci luka doktor membenarkan Darwisy pulang.  Setelah semuanya selesai akhirnya Darwisy mula tersenyum mgkn rasa sakit mulai berkurangan setelah sehari berlalu..Rawatan seterusnya dibuat di rumah (cuci luka) dan follow up yang terakhir seminggu selepas itu... dan pembalut sudah boleh dibuka kerana menurut doktor luka tersebut akan bertaup semula.
Anakku sihat seperti sediakala....dan aku gembira gelak ketawanya hadir semula....

***Kengkawan semua, mgkn panjang ceritaku ini...namun itulah yang tersirat di hati yg sukar dibuang kenangan sebegini.  Sekadar berkongsi pengalaman dan cerita...terima kasih bagi yg sudi membaca...

SAMBAL BELACAN & Gulai Ayam Lemak Cili Api + Nangka....Sodapppp :D

Sambal Belacan
ALAMAK...(GAMBAR AYAMNYA KAT BAWAH LAK...NNT SCROLL DOWN YE :)
Ikan Cencaru Sumbat Belakang

Emmmm....cite makan.  Biasalah kot ek..org pompuan...tugas memasak dah jadi rutin.  Tapi tak salah pun orang lelaki pun memasak.
Ni lauk tengah hari tadi...takdelah special.  Biasa2 je...tapi bila ada sambal belacan tu...fuhhhh hehehe..hubby cakap menyelerakan.  Main menu nya GULAI AYAM LEMAK CILI API... kalau menggulai itulah menu biasanya.  Orang NOGORI lah katakan...hubby orang Perak tapi telah di NOGORI kan....hehehe...bukan apa, tak selera kalau makanan tak pedas.  Dah minat PEDAS.. Pastu yg tergolek sekor je tu IKAN CENCARU SUMBAT...asalnya 2 ekor..tetiba teringat nak snap gambar lak...so sekor lagi dah SELAMAT...:)  Sumbat belakang dengan sambal je...dah goreng garing2...pembuka selera SAMBAL BELACAN! Mmg menyelerakan lah bila makan...bahaya gak nie...TERTAMBAH lak nasi hehehe...Kengkawan nak tau betapa simplenya utk menyediakan gulai lemak cili api nie.  Bahan2 utamanya 4 je:
1.  Ayam/Ikan/Daging
2.  Cili Padi
3.  Santan
4.  Kunyit hidup

Itu jeeee....senang kan.  Aksesori lain terpulanglah mcm kentang, serai, kalau ikan kekdg boleh letak sayuran2 lain yg sesuai mcm terung, mangga muda ke....apa2lah ikut favourite.  Yang arini sy campur NANGKA.....so, utk esok kena fikir2kan pulak menu seterusnya......
 
Gulai Lemak Cili Api Ayam dan Nangka

'ANAK-ANAK SERONOK MENGULANGKAJI PELAJARAN'

Salam pertemuan...Hari ini tiba2 ingin buat satu perkongsian tentang pembelajaran anak-anak sekarang.  Maklumlah cuti sekolah telahpun berlalu hampir seminggu.  Apakah pengisian cuti anak-anak kita???  Aku baru ada seorang anak yg bersekolah...Harapan tinggi utk melihat anak aku berjaya...Anak sulung katakan...CUTI SEKOLAH...emmmm sume budak2 hepi.  Takyah belajar ke cuti???  Pada aku inilah yg aku cuba sedaya upaya utk set dalam minda anak aku, CUTI BUKAN BERMAKNA CUTI BELAJAR JUGA...:).  Tapi aku faham yg tak boleh jgk nak pressure anak2 mengadap buku je.  Kenalah ada pengisian lain.  Sbb itu aku tak terasa pulak cuti hehehe...walaupun aku cikgu sbb memenuhi aktiviti cuti anak dara aku.
Pengisian cuti utk anak aku dan juga dengan kerelaan dia adalah:
i.   Swimming Class
ii.  Tuisyen Maths @ KUMON (Tak cuti pun mmg tuisyen )
iii. Tuisyen English @ SMART READER ( Yang nipun sama...tak cuti mmg tuisyen)
iv. Online Tuisyen SCORE A PROGRAMME
v.  MAKAN ANGIN (kita akan plan nnt sbb kena tunggu abah cuti "KATA AKU PADANYA....:)

Namun aku tetap minta persetujuan anak aku sbb dia yang akan melalui pengisian ini.  Alhamdulillah dia setuju dan berminat...
Ooppssss....TAJUK DI ATAS aku tak kupas lagi....

Aku akui takkan asyik nam MENGADAP BUKU JE....mesti bosan anak aku, mgkn juga budak2 sekolah yang lain kan...so, mmg aku dah langgan SCORE A PROGRAMME ni sejak darjah satu lagi (Secara tak langsung aku menjadi ahli ).  Adik-beradik aku yg ada anak turut menggunakan program ni melalui aku.  Sistem ONLINE TUISYEN.  Anak2 belajar through internet dan mengikut silibus terkini.  Mmg menyeronokkan dan kat bawah ni aku kongsi dgn sedikit sebanyak berkenaan program ini...


Apakah Score A Programme™ ? Score A Programme™ adalah satu kaedah pembelajaran output yang interaktif berpandukan sukatan pelajaran kerajaan yang mana telah terbukti berkesan untuk membantu pelajar bersedia menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A.

Apakah Pembelajaran Output? Pembelajaran Output ialah suatu kaedah pembelajaran yang melatih pelajar mengeluar dan menggunakan segala ilmu yang telah dipelajari di sekolah melalui latihan-latihan yang disediakan di Score A Programme™.


Program ini juga dapat mengatasi masalah2 berikut terhadap anak-anak kita.
  • Merasa beban dan bosan untuk belajar cara konvensional yang hanya menggunakan buku sebagai medium menuntut ilmu;
  • Tiada motivasi untuk menjadi pelajar cemerlang;
  • Tiada minat untuk membaca buku dan membuat buku latihan;
  • Selalu menghabiskan masa di depan komputer dengan chatting, bermain game dan melawat laman-laman web yang tidak berfaedah; juga
  • Tidak mendapat perhatian ibu bapa yang sibuk bekerja.


Yang nie antara ciri-ciri unik Score A Programme yang membuatkan aku TERTARIK....
Kalau kengkawan nak mencuba program ni secara percuma layari  : Score A Programme.
Click ONLINE DEMO
Masukkan ID 82828


Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita bersama...

Thursday, November 25, 2010

Cuci Mata With Deco!

Simple but nice!

Ni pun Cantikkkk...earth colour
Saje suka2...suka tgok suasana yg cantik dgn harapan blh apply kat rumah sendiri hehehe..
Simple yg sebelah nie kan...gambar2 ni amik dari internet..earth colour, colour yg selamat kan...

Yang nie sy tertarik dgn style wardrobe pink tu...







Satu lagi dgn earth colour in deco.  Tak serabut dgn perabot w/p ruang kecik je kita nampak...






Wardrobe....spt biasa cuma aku tertarik dgn style yg pink tu...tapi kalau aku mgkn tak pilih pink.  Masa anak kecik mmg sesuai tapi nnt dah besar tetiba anak tak nak pink susah pulak..tp terpulang kat masing2 lah. Bkn apa aku suka disekalikan dgn Study Table & ada rak buku sekali.  Cermin solek kat pintu almari.  Mmg praktikal...apatah lagi kalau ruangan yg sempit.  Cuma almari sebelah tu, cermin kabut tu mmg melembutkan suasana tapi kalau aku tak amik kot hehehe...nampak gantungan baju2...kalau tetiba berterabur alamakkkk hehehe... serabut lak mata aku nie...

Harinya Dah Tiba...SPM Sejarah !

Harinya tiba jua...malam tadi tak boleh nak kata risau yg teramat sgt jiwa dan ragaku :).  Adoiiii.....risau, risau...7.30 aku dah sampai ke sekolah.  Mmg bertugas hari nie..Pukul 8.00 kertas 1 bermula..Pukul 9.00 habis.  Sempat jumpa dgn budak2 aku.  Ada yg bertanya utk kertas 2 pukul 10.00 nanti.  Aku cuba membantu sebaik mgkn dan yg pastinya menambahkan debaran di jiwa aku. Tapi aku tak sempat tggu sampai habis sbb pengasuh ada hal pulak...so, pukul 11 terpaksa balik ambik anak2.  Tapi aku dah SMS kawan aku yg jaga peksa.  Tak senang selagi tak tau SOALAN nya.  Emmmm....mmg ada topik yg dah bincang dan dah ditarget.  Utk soalan struktur ada 4 soalan.  Hanya 1 soalan lari sikit...tapi pada aku still ok dan dapat markah kat soalan KBKK walaupun sikit...but STILL OK & boleh menyumbang markah :) Soalan esei ada 5 soalan, kena jawab 3.  Ada 3 soalan kat situ yg telah ditarget (soalan 5, 8 & 9)...mesti bebudak aku jawab soalan tu...Mmg lari sikit dgn soalan2 trial yg telah dikumpul.  Tapi alhamdulillah ada 3 soalan penyelamat...Mudah2an pelajar2ku dapat menjawab dgn cemerlang.  Jiwa still tak tenang...tgok jam kat rumah.  Kertas 2 habis 12.30...aku dah mesej Syamimi seorang pelajar aku kursus 5PPN2....nak tanya respons..Mcm yg aku jangkakan pilihan soalan yang aku cakap tadi...Cuma satu soalan struktur tu aje yg kurengggg sikit hehehe.  Tapi alhamdulillah dia boleh jawab katanya....Mudah2an pemeriksa bermurah hati dalam pemarkahan...Apapun besabarlah menunggu tahun depan resultnya.  SEMOGA KEJAYAAN MENJADI MILIK ANAK DIDIKKU....AMINNN

Wednesday, November 24, 2010

Saatnya dah tiba...

Hati semakin berdebar2 menunggu esok.  Esok paper subjek aku...Sejarah 1 dan Sejarah 2.   Malam ni tak senang rasanya..pelajar2 aku lagilah tu.  Mesti tgh pulun malam nie.. Ya Allah permudahkanlah ingatan anak didikku untuk menjawab soalan esok.  Lancarkanlah ingatan mereka...tak tau nak kata perasaan aku skrg nie.. Selagi tak tau soalannya dan tak tgok reaksi pelajar2 aku, selagi itulah jiwaku tak tenteram.  Harap2 pelajar2 ku dapat menjawab dgn cemerlang hendakya...Aminn.

Tuesday, November 23, 2010

Lauk Yang Simple...:)

Sotong goreng cili api
 Jom cite lauk utk dimakan hehehe...ini bukan lauk arini laaa...lupa nak upload.  Ni utk makan malam..Simple je...lauk malam lah katakan hahaha. Tapi husband cakap menyelerakan makan..ermmmm maunya tak...ada sotong cili api, dgn partner petola gulai lemak, yg satu lagi tu daging goreng kunyit (utk anak2...yelah sotong tu pedas). Asalnya nak buat masak kicap...pastu tetiba kemalasan datang hehehe...so, terus bertukar jadi daging goreng kunyit :) Haaaa....yg satu lagi tu PEMBUKA SELERA... Ikan masin tenggiri jeruk...mmg berselera makan bila ada menu yg satu lagi nie.  Tapi takleh selalu lah... Jaga kesihatan...Ikan masin tu...bermakna kandungan garam yang tinggi...(Che wahhhhh...) time baik lah nie...kihkihkih...kalau tak ermmmmm sebatttt je sume kalau dah berselera.  Bila tahap kerajinan tinggi (hehehe...) bila masak akan cari partner utk lauk....(bkn orang je ada partner...) barulah nyum...nyumm... sedap makan..So, kalau dah masak CILI API tu, mmg kenalah dgn sayur lemak tu kan...Orait next time kita kongsi lauk lain pulak...Nak ke dapur jap lagi.  Menu utk malam nie pulak :)
Gulai lemak sayur petola

Daging goreng kunyit utk bebudak...tapi sedap gak mak dan ayah budak makan :)

Yang nie....ermmmmm....ikan masin tenggiri jeruk. Nak lagi 'kick' masa goreng masukkan sekali dengan bawang, cili api..Pastu masa nak serve perah asam limau....aduhhhhh besttttt!!!

Lagi Chocolate!

Ada karekter upin ipin, mickey mouse dan mcm2 ikut suka..
Ni contoh coklat yang boleh dibuat door gift utk majlis2 tertentu.  Mcm yang dalam gambar nie sesui jgk tuk besday anak2...majlis perkahwinan  pn sesuai.  Utk sesaja makan pun sesuai jgk.  Kesimpulannya sesuai belaka lah hehehe...
Yg nie tempahan dari sorang cikgu.  Nak bagi students dia katanya...So, kengkawan blogger semua, silalah menjamu mata ye...:)

Dah siap packing utk tuannya :)

Ada yg packing dalam kotak & dalam plastik.

Monday, November 22, 2010

Jom Makan Steamboat

Ni pakejnya...lets try :)

Makan kat kedai kena denda???

Signboard Kedai

Sedang memasak makanan hehehe...
 Malam tadi g Senawang...ada ternampak iklan 'Steamboat House' sblm tu.  So nak mencubalah ni..  Rasanya kat Senawang ni yg first Steamboat House.  Setakat ni tak jumpa lagi kat mana2...
Pakej harga pun oklah. Adult RM18 sekepala, Kids RM9 sekepala...ada dua pilihan: Sup biasa @ tomyam..aku pilih tomyam. Pilihan makanan not bad..mcm2 gak ada.  Nak grill pun boleh.  Tapi kena duduk kat meja luar..yelah kang berasap lak satu kedai...lemaslah pulak nnt.  Kalau tgok tajuk aku kat atas tu lain macam je kan hehehe... Tapi pada aku bagus jugak sistem kedai nie.  Bukan apa, maklumlah bila makan style BAYAR SEKALI, MAKAN SUKA HATI...so, kita pun tanpa 'menyedarkan diri' ambil dan ambil lagi dan lagi dan lagiiiii hehehe...So Steamboat House kat Senawang ni aku PUJI....apa yg kedai ni buat ialah SETIAP PEMBAZIRAN akan dikenakan bayaran.  Utk setiap 12g....so, dgn ini setiap customer tentu akan berhati2 bila mengambil makanan....GOOD SYSTEM!!! Aku setuju sangat....anak dara aku pun risau hehehe...Dia pesan 'Ibu, jangan ambik byk2....' Takut kena denda :D.  Tapi perut aku dgn family bukan kategori sakan makan....saje nak mencuba.  Yelah mcm tak kenyang je makan lauk rebus2 nie hehehe...Mmg ada nasik tapi yelah, tak sama mcm kita makan kat rumah.  Dah selesai makan...rasa mcm tak makan je hahaha....Tulah, kalau perut kita dah biasa dgn nasik dan lauk pauk kat rumah itulah yg
selesa kan....

Hairan anak bujang aku ada dapur kat depan masa nak makan...:

Sesi posing sambil makan
Anak2 aku hepi je...yelah makan sambil masaka hehehe....kat rumah tak merasa buat mcm tu.  Darwisy pun pelik je rasa...yelah, dapur depan mata...macam main masak2 lak :).  Finally...mmg makanan dihabiskan sebaiknya tanpa pembaziran...Maklumlah takut kena denda...First time rasanya ada rules MAKAN KENA DENDA...Pengajaran kat sini apa murid2 hehehehe:  Elakkan pembaziran masa makan...ingatlah orang yg susah kat luar sana betapa susahnya utk mendapat makanan....
Pandai anak murid cikgu....:D

Coklat Untuk Yang Tersayang...

Assorted chocolate (inside with almond & raisin)
Kita cerita about chocolate pulak...:)  Ni antara xtvt aku.  Homemade Chocolate...yang nie adalah tempahan ex student aku utk adiknya bertunang baru2 nie. Selain utk hantaran tempahan diterima utk makan suka2....dan InsyaAllah bila2 masa.  Utk bulan Januari sudah ada tempahan coklat utk cenderahati tetamu utk majlis perkahwinan dalam 750 pcs.  InsyaAllah akan dilaksanakan utk tuan rumah...tapi bukan coklat yg nielah.  Ada lagi sejenis sesuai utk doorgift.  Nt sy upload gambarnya...
Choc in box

Choc in box with deco.  Tempahan diterima mengikut tema majlis dan hantaran.

Baru 2 hari nak pandai berenang??????

First day Aqilah @ swimming class (Aqilah yg tengah pakai gogle hitam)

Mcm susah je...:)
Cuti sekolah dah bermula.  So, mencari aktiviti utk anak dara aku ni utk memenuhi masa cuti nie...offer dia swimming class.  So excited utk join the class.  Hari Sabtu, 19 Nov 2010 start first day swimming classnya...ari pertama ni just belajar bubling (bernafas dalam air) dan cuba kuak (rasanya salah istilah aku ni hehehe) air ke depan.  Aku tulis berdasarkan yg aku nampak laa.  Oklah nampaknya...cuma Aqilah teruk juga ketarnya...kesejukan.  Mgkn belum biasa kot.  Hari kedua, Isnin....masa nak pegi mmg xcited sesangat...Mcm biasa cikgu renang dia pakaikan pelampung.  Then first buat bubling...Lepas tu cikgu suruh try berenang.  Kali nie apa yg tak kena aku pun tak tahu...dari jauh tetiba aku tgok dah tutup muka pulak. (Aku rasa mcm menangis je).  Apsal lah pulak nih...
Cikgunya datang kat aku kata dia nangis....emmm betullah tekaan aku.  Hairan gak aku hari pertama seronok sakan...knp lak arini nangis....aku try siasat..hehehe...dia cakap tak nak belajar dah.  Sudahhhh...payment dah buat.  Kelengkapan complete dah beli...ishhhh sayang la pulak kalau tak teruskan.  Tanya punya tanya tak jawab....dengan menggunakan strategi dan kepakaran hehehe...akhirnya terjawab!  Rupanya dia malu tak dapat buat apa yg cikgu suruh....adoiiiiii laaaa hai....manalah boleh nak pandai baru 2 hari!!! Aqilah, Aqilah...emmm...gitulah gayanya anak dara aku tu.  Dengan menggunakan psikologi dan kepakaran lagi sekali (che wahhhhh) akhirnyaaaaaa....esok pagi dia setuju utk belajar berenang lagi.  Kalau tak, sapelah nak guna barang2 renang dia tu hehehe....Harap2 esok memberi semangat baru utk Aqilah...

Darwisy & Hamster

Hamster tu jauh je...takut kot hehehe

Ntah apalah nak dibuat dgn hamster tu...
First time....sblm ni mgkn kenal tikus...(ntahlah ye kenal ke tidak bujang aku ni kat tikus) tapi dia panggil hamster nie 'tikuih...' hehehe. 
Ni pagi raya haji baru2 nie...kat Kampung Talang, Tg.  Ipoh...punyalah excited.  Naik semput hamster tu di kejekannya.  Tak senang duduk hamster tu.  Hamster nie sepupu aku dr USM balik cuti raya bwk hamster nie.  Tak pernah dapat peganglah katakan, apalagi tak chance hamster ni nak rehat w/pun penat naik bas dari p\Penang hehehe.  Kesiannnn hehehe.  Kejap jolok, ke tepi kejap hamster tu...pastu bukak pulak sangkar nak ambik, aku pulak terjerit hehehe... Yelah, hamster bukannya besar pun.  Buatnya dibaling hamster tu...aduhhhh menyesal hamster tu datang Negeri Sembilan hahaha.  Last2 aku ambik sangkar hamster tu letak atas almari.  Demi nak selamatkan hamster tu hehehe....tapi tak putus asa. Cuba gak mintak kat aku...aku buat tak tau je...pujuk sikit2.  Kalau bagi...emmm...tak taulah aku apa jadi kat hamster tu.  Tapi kesimpulannya hamster tu selamat :)

Tenung lagi...emmm...

Tartlets From My Kitchen

Fruit Tart

Blueberry Cheese Tart
Setelah tamat baking kelas (che wah...) padahal setengah hari je...hehehe.  Bunyi mcm amik course baking plak...Menjelang adiladha dapatlah aku mempraktikkan apa yg telah dipelajari dan inilah hasilnya....Alhamdulillah menjadi :) Rasa pun sedapp...bukan puji diri sendiri tapi komen daripada anak daraku dan suamiku hehehe.  Banggalah jugak berjaya buat sendiri...:D  Terasalah jugak kelecehannya nak buat tart nie.  Mgkn belum biasa tapi dah buat tu seronok jugak.  Lagi seronok bila ada yg suka makan....  InsyaAllah akan ku usahakan utk membuatnya lagi.  Walaupun oven tak secanggih mana...comel lote je  (sblm ni buat bakar roti je) .  Tapi akhirnya berjaya membuat jasa oven comelku ini.  Pasni teringin pulak belajar buat cupcakes..coming..coming hehehe

Kelas Pecutan Sejarah SPM 2010



Semalam, 19 Nov 2010 ke sekolah.   Bantuan saat2 terakhir kiranya utk pelajar2ku. Alhamdulillah kehadiran baik.  Esok 23 Nov 2010 bermula perjuangan mereka. Khamis subjek aku Sejarah 1 dan Sejarah 2.  Apa yang aku harapkan agar mereka dipermudahkan Allah utk menjawab semua soalan.  Aku sentiasa mendoakan kejayaan anak didikku.  Semoga mereka beroleh kecemerlangan...InsyaAllah...